Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) prihatin terhadap kes penukaran agama unilateral anak-anak Loh Siew Hong baru-baru ini. Kami menggesa semua lapisan masyarakat mengetepikan stigma kepercayaan agama, dan sebaliknya memberi keutamaan kepada keperluan asas anak Loh Siew Hong dalam kumpulan umur ini. Selain itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah mengembalikan hak penjagaan tiga anak kepada ibu Loh Siew Hong seawal tahun lalu. Oleh itu, pihak berkuasa yang berkenaan tidak wajar menyekat hak asasi Loh Siew Hong untuk melawat anak dengan sekatan penularan Covid-19, atau alasan lain.
Kes Loh Siew Hong, seorang wanita berbangsa Cina-India dan berusia 35 tahun, menceraikan suaminya tiga tahun lalu akibat mengalami keganasan rumah tangga, tetapi anak-anaknya telah dibawa oleh bekas suami dengan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan oleh Loh Siew Hong. Selama tiga tahun, Loh bergelut untuk menjejak ketiga-tiga anaknya. Pada tahun 2021, Mahkamah telah menganugerahkan hak penjagaan penuh tiga anak kepada Loh Siew Hong, tetapi baru-baru ini Loh mengetahui bahawa bekas suaminya telah dijatuhi hukuman atas kesalahan berkaitan dadah. Kini, tiga anak-anaknya berada di Jabatan Agama Perlis. Hidayah Centre Foundation , tanpa keizinan Loh Siew Hong, telah membawa anak Loh ke Jabatan Agama Perlis dan mengislamkan mereka tanpa persetujuan Ibu.
KLSCAH berpendapat, ketiga-tiga anak itu semuanya berumur bawah 18 tahun, dan bapa kandungnya telah masuk penjara. Makanya, tidak dapat dinafikan bahawa pertukaran agama anak Loh Siew Hong perlu mendapat keizinan ibu kandungnya terdahulu. Walaupun keputusan “landmark” kes Indira Gandhi telah ditetapkan sebagai “precedent” untuk banyak kes pertukaran agama yang penuh dengan pertikaian, kes-kes pertukaran agama secara unilateral dan dijalani oleh pihak bapa – seperti anak-anak Loh Siew Hong – masih berleluasa. Justeru, KLSCAh menggesa kerajaan supaya dalam sesi Parlimen yang akan datang dapat membuat pindaan undang-undang dengan menetapkan penukaran agama kanak-kanak bawah umur harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa terlebih dahulu.
Tambahan pula, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, juga pernah mengumumkan melalui fatwa pada tahun 2015, bahawa hak penjagaan anak bawah umur tidak wajar ditentukan berdasarkan agama ibu bapa. Sebaliknya, pertimbangan utama adalah menyediakan kanak-kanak dengan persekitaran tumbesaran dan perkembangan psikologi yang lengkap. Jika dibandingkan dengan keadaan kes hari ini yang dikatakan bahawa anak-anak Loh Siew Hong hendak mengekalkan identiti Islam mereka tanpa melalui ibu mereka, sudah pasti timbul keraguan. KLSCAH percaya bahawa selepas mengesahkan Loh Siew Hong mempunyai keupayaan untuk membesarkan anak-anaknya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis harus segera mengembalikan anak kepada Loh Siew Hong demi memastikan perkembangan fizikal dan mental anak Loh yang sihat dan selamat.
Kenyataan KLSCAH
17hb Februari 2022
Gambar: FreeMalaysiaToday

Tinggalkan Balasan