Pengenalan
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) boleh dianggap sebagai “asas” bagi pertubuhan persatuan-persatuan Cina di Selangor dan Kuala Lumpur. Sebelum tertubuhnya Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau Huazong, KLSCAH juga memainkan peranan sebagai suatu pusat perhubungan bagi persatuan-persatuan perdagangan Cina di seluruh negara.
KLSCAH merupakan satu tanda wakil masyarakat Cina serta sedia berkhidmat kepada negara serta masyarakat majmuk setempat. KLSCAH juga merupakan organisasi yang mewakili masyarakat Cina memperjuangkan hak dan faedah semasa berdepan dengan isu-isu penting. Keahlian KLSCAH terhad kepada pertubuhan-pertubuhan dari beberapa kategori seperti: Organisasi Geografi, Persatuan Industri & Perniagaan, Persatuan Suku, Persatuan Institusi Pendidikan, Persatuan Keagamaan, Persatuan Budaya, Pendidikan & Belia, Kelab Sukan, Persatuan Tanah Perkuburan, Persatuan Kebajikan & Hospital dan lain-lain.
Kunci Utama KLSCAH:
– Mengeratkan hubungan antara pertubuhan-pertubuhan Cina
– Menyelaraskan aktiviti pertubuhan-pertubuhan Cina
– Memelihara serta memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat setempat
– Mewakili suara masyarakat Cina
– Mempromosikan budaya masyarakat Cina
– Menghebohkan kebajikan sosial
– Mengeratkan perpaduan kaum
– Memperjuangkan kemakmuran negara
Objektif Organisasi
Objektif ini ditentukan berdasarkan tatatertib organisasi KLSCAH, iaitu untuk mewakili suara masyarakat Cina, memelihara serta memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat Cina, mengeratkan keharmonian kaum serta memupuk kemakmuran dan kemajuan negara. Demi kebaikan bersama, KLSCAH mengambil pendirian tidak berat sebelah dan bersemangat pragmatisme dengan tujuan meyatukan pertubuhan-persatuan Cina.
KLSCAH menjadi “tempat rujukan” dewan perhimpunan Cina seluruh negara kerana lokasinya yang strategik di ibu kota negara yang merupakan pusat politik, ekonomi dan pendidikan negara. KLSCAH mempunyai perwakilan dan prestij tertentu di seluruh negara. Oleh itu, kami merancang portfolio dan aktiviti berdasarkan matlamat organisasi/institusi kami selaras dengan perlembagaan negara supaya kedudukan kepimpinan kami dalam masyarakat setempat dapat dimartabatkan.
Polisi Organisasi:
– Semua akitiviti yang dianjurkan perlu mempunyai objektifnya dan memenuhi pendirian kepemimpinan KLSCAH supaya dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
– Program-program dan aktiviti yang dianjurkan haruslah dirancang dengan rapi dan kajian impak dilakukan pasca program/aktiviti.
– Jika terdapat lebih daripada satu bahagian yang merancang program/aktiviti yang serupa, bahagian-bahagian tersebut patutlah bekerjasama demi menjimatkan sumber dan memperbanyakkan perserta penyertaan.
– Aktiviti-aktiviti berskala kecil yang tidak bersifat kepimpinan atau pemacuan boleh diuruskan oleh ahli. Pihak KLSCAH boleh memberi bimbingan terhadap aturcara aktiviti kepada ahli.
– Anjuran aktiviti patut diagihkan kepada ahli berdasarkan kebolehan mereka. Ahli-ahli yang mempunyai kebolehan serupa digalakkan bekerjasama menganjurkan aktiviti bagi memupuk silaturahim antara ahli.
– Mengambil guna sumber tenaga, infrastruktur serta siswazah di kalangan masyarakat Cina untuk mengkaji kebajikan masyarakat setempat serta memberi cadangan bagi menggubal atau mencari penyelesaian kepada isu-isu berkaitan demi memperjuangkan hak masyarakat Cina.
– Setiap program/aktiviti yang dianjurkan haruslah mengamalkan kesederhanaan semasa menggunakan sumber dan perlu mengutamakan perkhidmatan sosial serta memupuk kesejahteraan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk.
– Meletak keutamaan dalam melatih pengganti pertubuhan Cina serta menggubal rangka dan portfolio pertubuhan Cina.
– Memupuk reformasi masyarakat Cina melalui kaedah yang sesuai.
Pengurusan KLSCAH merangkumi aspek-aspek seperti sosioekonomi, budaya & pendidikan, perhubungan, wanita, belia, hak sivil, urusan pertubuhan dan lain-lain. Kesemua aspek yang disenaraikan dibahagikan kepada jawatankuasa berkaitan untuk pengurusan masing-masing.
Jawatankuasa Sosio-ekonomi
• Mengambil perhatian dan mengkaji peralihan ekonomi serta dasar sosioekonomi yang memberi kesan kepada masyarakat Cina
• Meningkatkan kesedaran isu-isu sosioekonomi di kalangan ahli dan orang awam
Jawatankuasa Budaya dan Pendidikan
• Mempromosikan budaya Cina yang unik
• Memperjuangkan pendidikan Bahasa Cina
• Menggalakkan pertukaran budaya
Jawatankuasa Kebajikan
• Menyumbang kepada hal ehwal kebajikan sosial
• Meningkatkan aktiviti kebajikan pertubuhan Cina
Jawatankuasa Perhubungan
• Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan akar umbi dalam masyarakat Cina
• Membantu ahli mempromosikan aktiviti
WANITA KLSCAH
• Meningkatkan kesedaran dan kedudukan kalangan wanita masyarakat Cina
• Memupuk perpaduan antara pertubuhan wanita Cina
• Menggalakkan interaksi dan kerjasama antara pertubuhan wanita masyarakat setempat
PEMUDA KLSCAH
• Menyebarkan idea demokrasi kepada para belia masyarakat Cina
• Memupuk perpaduan antara pertubuhan belia Cina
• Menggalakkan interaksi dan kerjasama antara pertubuhan belia masyarakat setempat
Jawatankuasa Hak Sivil
• Menjalankan program/aktiviti berkaitan demokrasi dan hak sivil berdasarkan ‘Deklarasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Malaysia 1985’
• Memberi pendapat atau cadangan tentang isu-isu negara sekiranya perlu.