PETALING JAYA: Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menerusi projek Jom Undi Johor akan menyediakan bas percuma buat pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berada di Kuala Lumpur.

Terdapat tiga bas percuma yang disediakan terdiri daripada tiga laluan sehala iaitu dari KLSCAH ke Johor Bahru, Muar – Batu Pahat – Pontian, dan Yong Peng.

Kesemua bas akan bertolak dari KLSCAH ke destinasi pada 11 Mac 2022 jam 8:00 malam.

Pemuda KLSCAH turut menggalakkan rakyat Johor terutamanya golongan belia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan pulang ke kampung halaman bagi membuang undi.

Pengundi PRN Johor yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan bas percuma ini hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pengundi yang layak dan telah menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

Pemohon perlu membuat permohonan melalui pautan https://bit.ly/undijohor_klscahyouth dan tarikh akhir permohonan ialah pada 8 Mac 2022 (Selasa), tempat duduk tertakluk kepada kesediaan.

Sebelum ini, KLSCAH bersama 13 bahagian belia Dewan Perhimpunan Cina telah menganjurkan Projek Pengangkutan Percuma Undirabu yang berjaya mengumpulkan RM202,063.71 dan memanfaatkan 1,300 pengundi di Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) melalui bas percuma dan tiket penerbangan bersubsidi.

Manakala pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu, Pemuda KLSCAH juga telah memulakan projek ‘Subsidi Tiket Udara’ untuk Pengundi Sarawak dan seramai 53 pengundi menerima subsidi udara sebanyak RM200 setiap seorang.

Dipetik dari Sumberkini
https://bit.ly/3v0Thfk

 

Tinggalkan Balasan