Kami, Organisasi NGO dan Kesatuan Sekerja yang menandatanggani memorandum ini menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia seperti yang dikeluarkan dalam akhbar pada 5 Februari 2022 bahawa gaji minima ditetapkan dalam lingkungkan RM 1500 dan dengan ini, kami ingin menegaskan:

  1. YB Menteri harus membentang Akta Gaji Minima RM 1500 di Parlimen dengan serta merta dan selewat-lewatnya pada sesi Parlimen depan yang dijadualkan pada 28 Februari 2022.
  2. Kaji semula Akta gaji Minima sepatutnya telah dilaksanakan tahun lepas dan pelaksanaan amaun baru sepatutnya dibuat pada Januari 2022 dan bukan pada akhir tahun ini seperti kenyataan Menteri.
  3. Kami juga menolak segala desakan dan alasan yang diberikan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) bahawa kenaikan gaji minima akan memberi kesan negatif kepada ekonomi. Tetapi, kami ingin menegaskan bahawa kenaikan gaji minima adalah wajib untuk menangani kenaikkan kos kehidupan dan harga yang semakin meningkat, yang menekan kaum pekerja. Juga kenaikan gaji minima akan merancakkan ekonomi negara.

Akhirkata kami ingin menegaskan bahawa para pekerja bergaji rendah telah membuat pengorbanan dengan tiada peningkatan gaji dalam dua tahun kebelakangan ini dan berdasarkan semangat keluarga Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, maka peningkatan gaji minima RM 1500 dengan serta merta adalah wajar, munasabah dan wajib dilaksanakan sekarang.

Memorandum ini disokong oleh:
1. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
2. UNI-MLC -Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (104 Kesatuan dalam Gabungan ini dengan keahlian 500,000)
3. North South Initiative (NSI)
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
6. Our Journey
7. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
8. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
9. Pemuda Sosialis
10. Jaringan Pekerja Tidak Formal (JPTF)
11. Liga Rakyat Demokratik
12. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
13. Kuliah Buku (KUBU)
14. Parti Murba
15. Undi18
16. Empower
17. Malaysia Muda
18. Jaringan Penternak Nasional Marhaen
19. Gabungan Peneroka dan Perumahan
20. Gabungan Pemandu Lori
21. Kesatuan Sekerja j Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
22. Jejaka
23. Justice for Sisters
24. Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM)
25. Agora Society
26. Kuala Lumpur dan Selangor Chinese Assembly Youths
27. Centre for Independent Journalism (CIJ)
28. Sisters in Islam (SIS)
29. All Women’s Action Society (AWAM)
30. Misi Solidariti
31. Pusat KOMAS
32. Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM)
33. Kesatuan Pekerja-Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
34. Persatuan Kebajikan “Periyar Narpani”, Parit Buntar, Perak
35. Persatuan Rasionalis Periyar Malaysia
36. Persatuan Progresif Dravidan Bandar Kluang, Johor
37. Kuala Lumpur dan Selangor Chinese Assembly Women Division
38. Tenaganita

Memorandum Peningkatan Gaji Minima 2022: Memorandum Peningkatan Gaji Minima 2022

Gambar: Facebook Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Tinggalkan Balasan