Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada 10 Oktober, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dalam PRU yang akan datang ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan kelancaran PRU.
Sebelum hari penamaan calon dan tempoh masa pengundian dimuktamadkan, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mempercayai bahawa SPR harus diberikan tempoh kempen selama tiga minggu. Dengan ini, KLSCAH menyenaraikan kelebihan dan cadangan berikut, dan diharapkan semua parti politik mempunyai masa yang mencukupi untuk memilih calon yang berkemampuan dan membuat persediaan untuk menghadapi PRU15. Pada masa yang sama, memberi peluang kepada pengundi yang sama ada di dalam atau di luar negara menjalankan tanggungjawab sivik masing-masing sebagai rakyat Malaysia:
1. Menambah baik Mekanisme Pengundian di Luar Negara: Dengan melanjutkan tempoh kempen kepada 21 hari, pengundi di luar negara akan mempunyai lebih banyak masa untuk mengirim undi masing-masing kembali ke Malaysia bagi mengelakkan masalah ketidaksempatan kiriman undi seperti yang dihadapi oleh pengundi pos pada PRU yang lalu. Selain itu, SPR juga dicadang untuk melaksanakan sistem e-Undi serta melengkapkannya dengan sistem keselamatan yang tinggi. Dengan ini, kos kirim dan cetak yang tinggi dan risiko seperti kehilangan kertas undi dalam pengiriman, membeli undi dan lain-lain lagi dapat dielakkan.
2. Bersikap Tegas terhadap Isu Lonjakan Pengundi: Dengan susulan penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun, bilangan pengundi layak yang berumur 18 tahun dan keatas akan mencecah lebih 5.8 juta, dan jumlah pengundi akan meningkat daripada 15.8 juta kepada 21.1 juta. Lantaran itu, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan menghadapi fenomena pertambahan pengundi pada PRU15 yang akan datang. Berdasarkan statistik, jumlah pengundi baharu di lebih 190 kerusi parlimen di seluruh Malaysia dijangka meningkat secara purata 10, 000 hingga 50, 000 orang dari jumlah 222 kerusi parlimen. Dengan pelanjutan tempoh kempen pilihan raya, ia membolehkan SPR membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi masalah lonjakan bilangan pengundi dan mengaturkan bilangan kakitangan yang munasabah di setiap kawasan mengundi. Pihak polis pada masa yang sama juga boleh mengaturkan pasukan polis untuk memastikan proses pilihan raya dijalankan secara lancar.
3. Melancarkan Pendapat Mekanisme Mengundi Luar Kawasan: Dianggarkan hampir 500, 000 rakyat Sabah dan Sarawak menetap di Semenanjung Malaysia, serta ramai pengundi yang bekerja atau belajar di negeri yang berlainan. Selain undi pos, SPR dinasihatkan supaya mendirikan pusat pengundian khusus untuk pengundi dari luar daerah atau negeri, serta memastikan pusat pengudian tertentu membahagikan tempat mengundi yang secukupnya mengikut kawasan pilihan raya yang berbeza. Mekanisme mengundi luar kawasan ini akan menyelesaikan masalah pilihan raya nasional dan negeri yang tidak serentak dan menjimatkan kos serta masa perjalanan untuk membenarkan pengundi yang layak memjalankan tanggungjawab mereka ketika di luar kawasan tanpa pulang ke negeri masing-masing.
Secara keseluruhan, KLSCAH berpendapat bahawa SPR harus melancarkan mekanisme yang memudahkan pengundi sama ada dalam atau di luar negara. Akhirnya, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya jangan kecewa dengan politik sebaliknya haruslah memanfaatkan hak mengundi masing-masing untuk menentukan masa depan negara dan pendemokrasian politik di Malaysia.
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH)
