Sempena Hari Malaysia, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) bersama  dengan Pusat LLG menyertai ‘Karnival Kita Anak Malaysia’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia( IKRAM) pada 16hb September 2022 di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL). Setiausaha agung KLSCAH Encik Tan Soon Lim turut dijemput menghadiri aktiviti tersebut.

KLSCAH dan Pusat LLG telah disediakan booth untuk mempamerkan budaya Cina seperti acara kaligrafi Cina daripada KLSCAH dan cabaran penyepit daripada Pusat LLG. KLSCAH juga menyediakan persembahan tarian singa dan Wu Shu.

KLSCAH berharap dapat mempromosikan kepelbagaian budaya antara berbilang kaum dan membolehkan para peserta  untuk memahami ciri-ciri budaya kaum lain melalui penyertaan ‘Karnival Kita Anak Malaysia’.

 

Tinggalkan Balasan