PETALING JAYA: Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki akan mengadakan demonstrasi di jalan raya pada 22 Januari ini untuk menuntut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.
Jawatan kuasa itu turut menuntut supaya proses undang-undang ke atas Azam bermula segera dan SPRM dirombak serta diletakkan di bawah Parlimen.
“Jawatankuasa Bertindak Azam Baki akan turun ke jalan raya untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan tuntutan rakyat supaya ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat dan negara.