Sempena Bulan Hak Asasi Manusia 2021, Pemuda KLSCAH telah menghasilkan sebuah Video Anti-Gangguan Seksual. Video ini telah menemu bual rakyat, ahli-ahli daripada dewan negeri dan dewan rakyat, untuk meningkatkan kesedaran semua pihak tentang gangguan seksual dan menekan kepentingan kewujudan Akta Anti-Gangguan Seksual.
Video ini merupakan salah satu aktiviti daripada Program Bulan Hak Asasi Manusia 2021, yang bertemakan “Kesaksamaan Gender” dan dianjurkan bersama oleh Pemuda dan Wanita KLSCAH, Diversity dan People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
Pemuda KLSCAH menyeru kerajaan supaya melaksanakan Akta Anti-Gangguan Seksual secepat mungkin untuk menyelesaikan kelemahan akta dan peraturan yang sedia ada terhadap gangguan seksual. Pada 15 Disember 2021, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff telah membentangkan Draf Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual 2021 (RUU AGS) bacaan kali pertama di Parlimen, dan bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Mac.