Tarikh: 16hb November (Selasa)
Masa: 8 malam
Tempat: Facebook penganjur
KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah)
Mentor Publishing (https://www.facebook.com/MentorPublishing)
SAUDARA (https://www.facebook.com/saudara.org)
Panelis:
Ustaz Wan Ji Wan Hussin (Penulis buku “Salam”)
YB Fadhlina Sidek, Senator Ahli Dewan Negara
Dr Hew Wai Weng (Penyelidik IkMAS, UKM)
Saudara Lim Hong Siang (Pengarah eksekutif SAUDARA)
Pemudahcara: Ooi Heng, Ketua eksekutif KLSCAH
Anjuran bersama:
The Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Mentor Publishing
SAUDARA
Pengenalan:
“Salam” adalah sebuah buku baru yang ditulis oleh Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin, seorang anak Malaysia yang menglengkapi pengajiannya dari Universiti al-Azhar, universiti akreditasi tertua di Mesir. Dalam buku baharunya, Wan Ji memperincikan pengalamannya sebagai ahli akademik Islam di Mesir, serta pemerhatian dan pengalaman mengenai jurang dan keharmonian kaum dalam negara berbilang budaya dan agama seperti Malaysia.
Ketika dunia terus bergelut dengan pandemik COVID-19, sistem perundangan Malaysia juga terus dipenuhi dengan pelbagai perkembangan dan permasalahan yang tidak berkesudahan. Baru seminggu yang lalu, negeri Kelantan telah melaksanakan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.
Sementara itu, isu wiski Timah dan larangan jualan minuman keras di kedai runcit sekitar Kuala Lumpur telah mendominasi sosial media baru-baru ini.
Selain pelancaran buku “Salam”, webinar ini akan membincangkan topik undang-undang Islam di dunia moden, dan membincangkan proses Islamisasi berkaitan di Malaysia.
Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada Siri Webinar KLSCAH. Penonton yang berminat boleh menggunakan e-wallet (seperti Touch n Go, Grab, Boost dll.) untuk membaca kod QR yang ditunjukkan di halaman tersebut untuk membayar.
KLIK SINI UNTUK MENONTON WEBINAR