Kuala Lumpur, 17 Mac 2021- Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) telah menerima kunjungan hormat dari 12 orang wakil-wakil Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) pada 17hb Mac 2021. Timbalan Presiden KLSCAH, Encik Ser Choon Ing, Setiausaha KLSCAH, Encik Tan Soon Lim, Penolong Setiausaha Agung KLSCAH, Encik Lee Ying Wai, Pengerusi Jawatankuasa KLSCAH, Encik Liau Kok Fah dan Pengarah KLSCAH, Cik Yap Mei Shya telah menyambut kedatangan rombongan GDM.
Dimaklumkan bahawa tujuan lawatan GDM ke KLSCAH adalah untuk menjalin hubungan kedua-dua organisasi bukan kerajaan (NGOs) yang mempunyai latar belakang berlainan.
Sesi perbincangan dan bertukar-tukar pandangan turut diadakan agar kolaborasi antara KLSCAH dan GDM dapat diadakan dengan lebih komprehensif.
Dalam sesi pertemuan, KLSCAH, Timbalan Presiden KLSCAH, Encik Ser Choon Ing telah mengalu-alukan kedatangan rombongan GDM yang diketuai oleh pengerusinya, Haji Wan Ahmad Nizar bin Zakaria dan beliau harap kunjungan GDM ke KLSCAH dapat memanfaatkan kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek. Beliau juga harap kedua-dua organisasi dapat saling bertukar pandagan dan pengalaman serta belajar gerak kerja yang dilaksanakan.

