Tarikh: 31hb Mac 2021 (Rabu)
Masa: 8 Malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/)

Barisan Panelis:
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama))
Chua Hock Kuan (Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Kelantan)
Mak Kah Keong (Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia)

Moderator:
Ooi Heng (Ketua Eksekutif KLSCAH)

Anjuran: Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)

Pengenalan:

Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 27hb dan 28hb Mac 2021 dan ia bakal berlangsung secara kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan secara maya.

Selain usul mempertahankan Muafakat Nasional dan menyegerakan Pilihanraya Umum Ke -15 (PRU15), usul memutuskan kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka akan menjadi tumpuan perbincangan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang menjelang tiba.

Asalnya, usul menamatkan kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 telah dikemukakan oleh 124 bahagian UMNO sempena persidangan bahagian UMNO yang telah diadakan pada 1hb hingga 3hb Januari lalu.

Ketegangan antara kedua-dua parti politik dilihat semakin ketara setelah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan pada bulan Februari lalu menegaskan bahawa keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dan hanya mengekalkan hubungan kerjasama sehingga Parlimen dibubarkan pada masa kelak .

Berdepan dengan senario politik kini, adakah Perhimpunan Agung UMNO akan mengkaji semula keputusan Majlis Tertinggi dan mengekalkan kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 , atau sebaliknya Perceraian UMNO dan Bersatu tidak dapat dielakkan? Apakah tindakan selanjutnaya yang akan dibuat oleh parti-parti politik sama ada yang berada dalam Barisan Nasional, Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan, setelah keputusan akhir Perhimpunan Agung UMNO telah ditentukan?

Memerhatikan perkembangan politik, KLSCAH akan mengadakan webinar pada 31hb Mac untuk membicarakan topik berkaitan.

Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada KLSCAH dengan memberi sumbangan kepada The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (No Akaun: 3077340127; Public Bank) dan menghantar resit transaksi kepada Sekretariat KLSCAH melalui Whatsapp ke talian 012-2933410 (Saudara Loh) bagi urusan dokumentasi.

Ikuti perkembangan terkini KLSCAH di portal:
https://klscah.org.my/mobile

KLIK SINI MENONTON WEBINAR

Tinggalkan Balasan