Sejak ditubuhkan pada tahun 1923, dan dinamakan semula secara rasmi pada tahun 2006 – daripada Dewan Perhimpunan China Selangor (SCAH) kepada Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) – KLSCAH telah melalui tempoh 97 tahun dan akan  memasuki satu abad.

Sebagai usaha dalam mempromosikan ciri-ciri kepelbagaian merentasi etnik, KLSCAH secara rasmi melancarkan laman web tiga bahasa pada 24 Disember 2020, bertapakkan komuniti Cina, pada masa yang sama, berdepan dengan komuniti berbilang bahasa, dan masa depan yang mengangkat peri pentingnya kewujudan masyarakat majmuk.

Laman web KLSCAH ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan salah satu organisasi terawal di Malaysia yang melancarkan laman web rasmi. Dalam tempoh ini, ia telah mengalami tiga kali penyemakan dan usaha kemaskini yang signifikan. Namun, sejak semakan sebelum ini pada tahun 2010, ciri-ciri monolingual yang sedia ada dalam laman web rasmi KLSCAH  boleh dikatakan tidak relevan lagi.

Fungsi laman web rasmi sekarang telah dikemaskini. Ini merupakan salah satu usaha KLSCAH dalam melaksanakan transformasi digital pertubuhan Cina di Malaysia. Secara khusus, KLSCAH lantang bersuara dalam membawa pandangan umum masyarakat Cina dan sering mempertahankan hak-hak warganegara Malaysia. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ia juga secara aktif turut serta dalam mempromosikan usaha merentasi etnik.

Oleh itu, setelah berbulan-bulan berbincang, merancang dan menguji, KLSCAH secara rasmi melancarkan laman web rasmi dwibahasa pada 24 Disember, dan menjalankan reka bentuk halaman dan susun atur teks dari laman web yang ada. Selain terus melayani masyarakat Cina dalam pelbagai aspek, kami juga berharap dapat memperluas jangkauan masyarakat bukan Cina dan juga komuniti transnasional, agar masyarakat berbilang bahasa dapat mengetahui sejarah KLSCAH melalui bahasa Cina, Melayu atau Inggeris sejak tahun 1923. Pengguna laman web juga boleh memiliki pemahaman yang lebih komprehensif mengenai status terkini KLSCAH , termasuk status pelbagai jawatankuasa utama KLSCAH, pengumuman terkini dan pelbagai aktiviti dianjurkan oleh KLSCAH.

KLSCAH laman web rasmi dalam Bahasa Cina: https://klscah.org.my
KLSCAH laman web rasmi dalam Bahasa Inggeris: https://klscah.org.my/en
KLSCAH laman web rasmi dalam Bahasa Melayu: https://klscah.org.my/ms

Tinggalkan Balasan