Tarikh: 11hb Januari 2020 (Isnin)
Masa: 8 Malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/)
Barisan Panelis:
YB Chan Ming Kai (Ahli Parlimen Alor Setar)
Mohd Sayuti Omar (juga dikenali sebagai MSO. Beliau adalah penulis buku politik berpengaruh dan penganalisis politik veteran. Buku terkini beliau berjudul “Kemenangan Yang DiKhianati, Politik Bipolar OT95“ telal diterbitkan baru-baru ini.)
Hasmi Hashim (juga dikenali sebagai Budi Hekayat. Beliau adalah penulis lirik, penganalisis politik dan otai Jalan Telawi.)
Moderator:
Ooi Heng (Ketua Eksekutif KLSCAH)
Anjuran: Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)
Pengenalan:
Hubungan antara UMNO dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketahui semakin tegang baru-baru ini dengan sebanyak 189 daripada 191 bahagian UMNO mengusulkan supaya menolak kerjasama dengan Bersatu.
Rentetan daripada usul sebahagian besar perwakilan UMNO di seluruh negara yang tidak mahu bekerjasama dengan parti serpihan UMNO itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bermesyuarat pada malam 6 Januari 2021.
Namun, berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut, MKT UMNO belum membuat keputusan berkenaan pendirian UMNO sama ada meneruskan kerjasama dengan Bersatu.
Sebaliknya, mesyuarat MKT UMNO memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti.
Memerhatikan perkembangan politik kebangsaan seumpama, KLSCAH akan mengadakan webinar pada 11 Januari untuk membicarakan topik berkaitan.
Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada KLSCAH dengan memberi sumbangan kepada The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (No Akaun: 3077340127; Public Bank) dan menghantar resit transaksi kepada Sekretariat KLSCAH melalui Whatsapp ke talian 012-2933410 (Saudara Loh) bagi urusan dokumentasi.
Ikuti perkembangan terkini KLSCAH di laman web portal:
https://klscah.org.my/ms