Tarikh: 5hb Oktober 2020 (Isnin)
Masa: 8 malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/)

Barisan Panelis:
YB Dr. Azman Ismail (Ahli Parlimen Kuala Kedah)
Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff (Presiden & CEO EMIR Research)
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Ketua Dewan Pemuda PAS)

Moderator: Ooi Heng (Ketua Eksekutif KLSCAH)
Anjuran: Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)

Pengenalan:
Barisan Nasional (BN) ditubuhkan pada tahun 1973 manakala Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing dibentuk pada September 2019 dan Febuari 2020.

Setelah lebih 50 tahun memerintah, BN digantikan dengan Pakatan Harapan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 pada tahun 2018 dan seterusnya oleh PN selepas Langkah Sheraton pada bulan Febuari tahun ini.

Pada bulan Julai yang lalu, UMNO telah mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada PN dan selepas itu, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah bersetuju untuk menyertai MN. Ramai yang mengikuti perkembangan politik negara keliru berhubung gabungan parti-parti politik berkaitan.

Kini, berikutan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 September bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dengan gabungan parti yang baru, masyarakat dikejutkan dengan perkembangan yang semakin mengelirukan.

Untuk mendalami topik tersebut, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) atau Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall telah menjemput barisan panelis untuk membincangkan persoalan-persoalan berkaitan.

Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada KLSCAH dengan memberi sumbangan kepada The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (No Akaun: 3077340127; Public Bank) dan menghantar resit transaksi kepada Urusetia KLSCAH melalui Whatsapp ke talian 012-6645702 (Saudara Loh) bagi urusan dokumentasi.

 

KLIK SINI menonton webinar

Tinggalkan Balasan