Mesyuarat Agung Tahunan KLSCAH bagi tahun 2020 telah diadakan pada 27hb September 2020 dan 16 usul-usul telah diluluskan dalam mesyuarat tersebut. Selain itu, terdapat lebih daripada majoriti dua pertiga (2/3) ahli-ahli KLSCAH yang menghadiri mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menangguhkan pemilihan majlis tertinggi baru sehingga tahun 2022.
Berikut merupakan 16 usul-usul yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KLSCAH bagi tahun 2020:
No. | Usul-usul | Justifikasi resolusi |
1 | Menyeru semua parti politik supaya mencapai kesepakatan antara parti (kesepakatan merentasi pelbagai parti) untuk mengakhiri perebutan kuasa politik yang tidak berkesudahan dan mengelakkan keruntuhan sistem demokrasi nasional yang tidak dapat dipulihkan yang disebabkan oleh pakatan parti yang jatuh ke dalam lingkaran perebutan kuasa yang tidak berkesudahan. | Sejak ‘Langkah Sheraton’ pada 23 Februari, pergolakan politik tidak berhenti. Bermula tumbangnya beberapa kerajaan negeri yang menyaksikan gerakan ‘lompat-melompat’ dalam kalangan wakil rakyat tanpa sempadan dan sekatan. Maka status Parlimen terjejas akibatnya hanya persidangan sehari sidang Parlimen diadakan berikutan pandemik Covid-19. Pakej rangsangan ekonomi yang bernilai beratus-ratus bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) tanpa diluluskan oleh Parlimen. Sikap profesionalisme Jabatan Peguam Negara juga disoalkan kerana beberapa ahli politik yang berdepan pertuduhan mahkamah sebelum peralihan kerajaan turut dibebaskan. Ini menimbulkan kebimbangan dalan kalangan rakyat bahawa ketelusan penghakiman terjejas akibat perubahan iklim politik. (KLSCAH) |
2 | Menyeru Perdana Menteri supaya memulihkan Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam dan memastikan semua pelantikan mengenai Jawatan Perkhidmatan Awam diteliti oleh Jawatankuasa tersebut. | Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam memainkan peranan amat penting antara 12 Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantikkan waktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Namun begitu, Jawatankuasa Pilihan Khas telah dihentikan seketika sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020 dan pemimpin Parlimen (Perdana Menteri) mengambil sikap berdiam diri walaupun mempunyai kuasa untuk melulus dan menyambung operasi jawatankuasa khas tersebut. (KLSCAH)
|
3 | Menyeru kerajaan supaya menghentikan perlantikan ahli politik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan mewujudkan mekanisme lantikan politik yang telus. | Asalnya, lantikan politik di bawah mekanisme telus boleh difahami. Namum setelah Langkah Sheraton pada bulan Februari, lantikan politik dalam GLC selaku pelantikan ahli politik dalan GLC. Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pelantikan tersebut diteruskan, dan harus kembali ke system lantikan politik antara negara demokrasi. (KLSCAH) |
4 | Menyeru Parlimen membuat undang-undang pelaksanaan sistem pilihan raya tarik balik wakil (“Recall Election Act”) supaya pengundi berkuasa untuk menarik balik wakil rakyat. | Sejak Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, gejala melompat parti antara Ahli Parlimen sejurus menubuhi Pakatan Nasional dan juga perubahan kerajaan di peringkat negeri mengakibatkan ketidakstabilan politik di Malaysia. Wakil rakyat yang melompat parti telah mengkhianat mandat yang diberikan oleh pengundi dan harus dipecat sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri dari kerusi supaya wakil rakyat yang baru boleh diperkenalkan. Sistem pilihan raya tarik balik wakil memperkasakan pengundi dengan kuasa menarik balik mandat mereka terhadap wakil sedia ada yang hilang kelayakan. (KLSCAH) |
5 | Menyeru supaya wakil rakyat dari parti pembangkang menegakkan martabat Parlimen dan melaksanakan Peraturan 36(4) antara Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menghindari isi ucapan bersifat diskriminasi, termasuk perlindungan hak ahli parlimen wanita. | Wakil rakyat harus lebih aktif mendorong pemindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat diberikan kuasa untuk menghukum ahli Parlimen yang memberi ucapan bersifat diskriminasi. Ini boleh mengelakkan kebangkitan ucapan berbaur perkauman diskriminasi berdasarkan warna kulit (colourism), seksis dan objektifikasi wanita dalam Parlimen. (KLSCAH) |
6 | Menyeru supaya kerajaan memulihkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur. | Langkah-langkah dasar dan bidang kuasa di bawah pihak berkuasa tempatan mengaitkan kehidupan rakyat. Pilihan raya pihak berkuasa tempatan membuka peluang kepada rakyat untuk memahami pendapat politik calon datuk bandar/pegawai daerah dan calon ahli majlis berkuasa tempatan, memberikan tumpuan dan membincang isu-isu tempatan, sejurusnya melibatkan rakyat-rakyat tempatan dalam perancangan bandar dan wilayah. Pilihan raya kerajaan tempatan juga memupuk budaya pertanggungjawaban, ketelusan dan kecekapan kerajaan tempatan, melahirkan calon datuk bandar dan ahli majlis berkuasa yang berkualiti. Maka dicadangkan kerajaan persekutuan untuk memberikan rakyat kertas undi ketiga, iaitu pemilihan ahli-ahli majlis berkuasa tempatan dan datuk bandar/pegawai daerah tanpa fahaman perkauman sempit. (KLSCAH) |
7 | Menyeru kerajaan mengiktiraf secepat mungkin Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). | Selama ini Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) telah diterima oleh institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh dunia dengan standard akademik yang terkemuka dunia. Individu berbakat merupakan tonggak pembangunan negara. Pengiktirafan UEC boleh mengekalkan bakat dan menyumbang kepada pembangunan negara, mempercepat tumbuhan ekonomi dalam pelbagai industri. (KLSCAH, Persatuan Hopo Kuala Lumpur dan Selangor) |
8 | Menyeru supaya kerajaan Terengganu membatalkan arahan berkenaan pengasingan jantina di pawagam dan mempertahankan (hak) kemajmukan budaya di Malaysia. | Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah menangguhkan perlaksanaan pengasingan jantina di pawagam sejak bulan Mac tahun ini sehinggai Julai disebabkan pandemik Covid-19. Maka dicadangkan perlindungan kemajmukan budaya pelbagai etnik merupakan antara faktor yang perlu ditimbangkan oleh semua agensi awam termasuk kerajaan persekutuan, daerah, dan tempatan. (DPCKLS) |
9 | Menyeru kerajaan supaya mengkaji semula Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 untuk mengurangkan hukuman bagi kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol untuk sabitan pertama.
|
Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah diluluskan di Dewan Negara. Maka dianggapkan bahawa peruntukkan hukuman penjara asalnya 3 tahun ke 7 tahun terlalu berat untuk sabitan pertama. (DPCKLS) |
10 | Menyeru kerajaan supaya menolak Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020, melaksanakan reformasi polis yang menyeluruh, menerima cadangan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). | Kerajaan Pakatan Harapan telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) 2019 untuk bacaan pertama tetapi turut ditangguh bacaan kedua dan telah dihantar kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang untuk pengajian. Namun begitu, kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menarik balik RUU IPCMC 2019, seterusnya dikemukakan RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 yang melibatkan pihak polis dan disingkirkan hak kuasa untuk menghukum aduan salah laku serta penyiasatan terhadap anggota polis. Ini merupakan pencanggahan terhadap kebebasan dan kesahihan institusi polis. Selama ini, beribu-ribu kes salah laku, rasuah, kekejaman, salah guna kuasa, penderaan dan kematian yang berlaku dalam lokap, dan pelbagainya telah menonjolkan akar masalah dalam institusi ini. Penubuhan IPCMC adalah jalan penyelesaiannya kerana mekanisme kawal selia dan sistem penghukuman yang eficien diperlukan untuk memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap integriti polis. Maka didesakkan pihak berkuasa melaksanakan reformasi tersebut tanpa sebarang keraguan. (KLSCAH) |
11 | .Membidas kerajaan kerana menyelewengkan baki tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk tujuan lain dan menyebabkan baki tuntutan tersebut masih belum selesai, mempengaruhi aliran dana perusahaan kecil dan sederhana (PKS). | Menteri Kewangan menyatakan bahawa sejumlah RM4.763 bilion baki tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) belum dibayar kepada orang kena cukai setakat ini dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada bulan Ogos ini. Pada 15 Julai 2019, Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati dana untuk bayaran balik GST telah digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain-lain. (Kuala Lumpur Eng Choon Hoey Kuan) |
12 | Menyeru kerajaan supaya memahami situasi pertubuhan bukan untung mengecualikan cukai dan meringankan beban kewangan pertubuhan bukan untung. | Kebanyakan pertubuhan bukan untung menghadapi situasi kekurangan modal dan terpaksa menanggung jumlah cukai yang membebankan seperti cukai pendapatan, cukai pintu, dan lain-lain. Maka aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada ahli-ahli pertubuhan dan masyarakat terpaksa dikorbankan. (KLSCAH, Persatuan Hopo Kuala Lumpur dan Selangor) |
13 | Menyeru kerajaan persekutuan supaya berhenti menyekat kebebasan media, menghapuskan undang-undang yang menghalang kebebasan media, mewujudkan suatu persekitaran yang kondusif kepada demokrasi kewartwanan. (untuk penubuhan dan pengoperasian Majlis Media Malaysia) | Insiden di bawah turut menunjukkan bahawa kebebasan kewartawanan di Malaysia semakin menyusut seperti penyoalsiasatan terhadap Boo Su-Lyn, ketua pengarang berita portal kesihatan CodeBlue yang menulis artikel berkaitan laporan mengenai kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) telah disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan; penyoalsiasatan terhadap Tashny Sukumaran, wartawan akhbar South China Morning Post yang melaporkan operasi serbuan migran oleh pihak berkuasa; pendakwaan terhadap Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan mengenai komen bersifat hina oleh pembaca yang telah disiarkan dalam portal berita itu; dan juga penyerbuan pejabat agensi berita antarabangsa Al-Jazeera di Kuala Lumpur untuk produksi dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa berlaku diskriminasi terhadap Pati ketika Malaysia mengendalikan langkah menangani pandemik Covid-19. Insiden-insiden tersebut menunjukkan kepada fakta bahawa ruang kebebasan media semakin sempit. Kebebasan kewartawanan dan kebebasan bersuara merupakan hak asasi manusia bagi mengemukakan pandangan dan buah fikiran. Manakala kebebasan mengeluarkan pendapat yang berbeza mengenai isu kepentingan awam menyumbang kepada sistem pemantauan dan sistem semak dan imbang antara pihak berkuasa. (DPCKLS) |
14 | Kerajaan harus menandatangi semula Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi (ICERD), menghidupkan semula rancangan untuk membentangkan Akta Keharmonian Kaum. | Kerajaan harus menandatangani Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi (ICERD), supaya menghapuskan segala diskriminasi etnik. Akta Keharmonian Kaum amat diperlukan untuk negara Malaysia yang mendukung kepelbagaian kaum dan budaya, supaya tindakan memprovokasi isu-isu etnik dan penjejasan hubungan antara kaum boleh dihukum di bawah akta tersebut. (DPCKLS) |
15 | Menyeru kerajaan supaya melaksanakan manifesto pilihan raya dan melancarkan reformasi sistem kehakimam, mengumumkan jadual untuk mencabut akta-akta drakonian yang tidak munasabah termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 dan lain-lain. | Sejak sekian lama, pihak berkuasa memanfaatkan akta-akta drakonian untuk menekan kebebasan dan hak rakyat,, membungkan suara yang membantah, dan mengukuhkan kuasa pemerintahan. Kebebasan bersuara merupakan asas kepada kewujudan masyarakat yang demokrasi dan progresif. Akta-akta drakonian dan tidak munasabah akan membendung perkembangan demokrasi dan kebebasan dalam negara. (DPCKLS) |
16 | Menyeru kerajaan supaya bersimpati dengan penderitaan pekebun, termasuk pekebun durian, pekebun halia dan lain-lain. Maka kerajaan haruslah merumuskan dasar untuk membuka dan menghalalkan tanah pertanian yang lebih sesuai, dan menbahagikan secara adil kepada pekebun-pekebun dari pelbagai etnik untuk mencapai tujuan pemilikian tanah oleh pekebun. | Kerajaan Pahang telah mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di Raub dan dipajakkan kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP), tanpa memberi keutamaan kepada para pekebun tempatan yang telah mengusahakan dusun selama ini dan berusaha untuk meminta hak milik tanah dan lesen daripada pihak berwajib selama bertahun-tahun. Selain itu, insiden pekebun halia Bentong dialihkan ke tempat lain disebabkan tanah yang diusahakan akan dibangunkan dengan projek pembangunan swasta juga turut berlaku. Maka kerajaan haruslah menyasarkan untuk mengurangkan import buah-buahan dan sayur-sayuran dari luar negara. Kerajaan haruslah menyokong petani dan pekebun tempatan, agar golongan petani tempatan dapat memiliki tanah pertanian yang sah melalui tender terbuka dan turut membekalkan insentif kewangan dan insentif sokongan teknikal. Ini merupakan ukuran yang mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara. (DPCKLS, Persatuan Hopo Kuala Lumpur dan Selangor) |