Pengenalan tulisan jawi di darjah empat sekolah jenis kebangsaan telah mencetuskan pertikaian hangat sejak Julai 2019. Sungguhpun perdebatan itu sedikit reda dengan perkembangan politik kemudiannya, tetapi kebimbangan dan kekeliruan yang ditimbulkan tidak dirungkaikan dengan baik.
Hazman Baharom, seorang pensyarah, telah mengkaji isu jawi dan pendidikan ini dari perspektif sejarah, mengimbau perdebatan tentang penggunaan tulisan yang paling sesuai untuk memodenkan bahasa Melayu, antara jawi dengan rumi. Beliau mengupas hujah-hujah di sebalik pendirian masing-masing.
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, kertas bertajuk “Jawi dan Pendidikan: Perspektif Sejarah” akan dibentangkan pada 16 Oktober 2020 (Jumaat), 8:30pm-10:00pm, dalam bahasa Melayu, dengan siaran langsung melalui Facebook. Profesor Wong Chin Huat daripada Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC) dan Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia (JCI) Universiti Sunway akan menjadi pemudahcara sesi pembentangan ini. Program ini dianjurkan bersama Penyelidikan Sosio-Budaya SAUDARA dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH).
Webinar: Jawi dan Pendidikan: Perspektif Sejarah
Tarikh: 16 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa: 8:30pm – 10:00pm
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
Pembentang: Hazman Baharom
Pemudahcara: Profesor Wong Chin Huat
Penganjur: SAUDARA, Pemuda KLSCAH
Ikuti Siaran Langsung di Facebook:
https://www.facebook.com/saudara.org
https://www.facebook.com/KlscahYouth
Muat turun tulisan Hazman Baharom:
https://saudara.org/wp-content/uploads/2020/10/Jawi-dan-Pendidikan-oleh-Hazman-Baharom-Okt-2020-Final-Update.pdf
Media dialu-alukan untuk membuat liputan dengan mengikuti siaran langsung melalui pautan berikut:
https://www.facebook.com/saudara.org
https://www.facebook.com/KlscahYouth