Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (Pemuda KLSCAH) kuat mengecam polis bahawa polis bukan sahaja memukul dan menyerang mahasiswa-mahasiswa yang berhimpun secara aman dan juga minta mahasiswa yang dicederakan oleh mereka agar mengaku kecederaannya disebabkan oleh sendiri yang terjatuh. Kelakuan polis bagai pencuri jerit pencuri adalah amat memalukan.
Dari kejadian ini, ia seolah-olah, sama ada pegawai-pegawai polis atau kerajaan tidak pernah belajar daripada pengalaman lalu. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kesilapan sendiri tetapi cuba menafikannya, serta berani untuk menyalahkan mangsa.
Video Internet (http://www.youtube.com/watch?v=xxPbXG_FCcg&feature=player_embedded) telah jelas menunjukkan bahawa perhimpunan mahasiswa adalah sangat aman, hanya disebabkan pihak polis mula memukul mahasiswa perhimpunan turut dijadikan tidak aman. Video internet tersebut juga membongkarkan penipuan polis bahawa pihak polis menipu berkata seseorang mahasiswa memecahkan kaca pintu klinik berdekatan dan menyebabkan sendiri tercedera (rempuhan sendiri). Apa yang sebenarnya berlaku ialah serangan polis menyebebkan mahasiswa tersebut Muhammad Safuwan Anang menghadapi kekejangan, rakannya terpaksa memecahkan pintu kaca klinik untuk memberi pertolongan cemas kepada Safuwan.
“Walaupun kerajaan berkata bahawa Akta Perhimpunan Aman akan melindungi hak himpun rakyat, tetapi kita dapat lihat kontroversi dalam keganasan polis atas mahasiswa. ini menyebabkan orang ramai mula mengesyaki bahawa kerajaan ingin suara mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan dihapuskan sebelum pilihan raya datang.” Katanya Ketua Pemuda KLSCAH Ng Chong Soon.
Selain itu, Pemuda KLSCAH berasa gembira kerana gerakan pelajar yang memperjuangkan AUKU dimansuh dan kebebasan akademik mula bangkit dan semakin kuat. Lebih memberangsangkan ialah bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sentiasa tenang, telah terdapat sekumpulan mahasiswa yang bersemangat kritikal dan tidak takut kepada pihak berkuasa. Pemuda KLSCAH berharap bahawa masyarakat boleh menyokong gerakan perjuangan mahasiswa tesebut, supaya demokrasi dan keadilan akan dicapai suatu hari nanti.