Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengecam pemimpin Barisan Nasional (BN), Datuk’ Donald Lim Siang Chai bahawa tidak mementingkan hak asasi penduduk Rawang dan hanya mendahulukan keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Datuk’ Donald Lim Siang Chai juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan dan Naib Pengerusi MCA.
Baru-baru ini, Datuk’ Donald Lim Siang Chai mengatakan bahawa pihak mana yang datang dahulu adalah pemilik asal tanah di Kampung Baru Rawang. Walaupun penduduk Kampung Baru Rawang mempunyai surat daripada ‘Resettlement Office Selangor’ bertarikh 30 Disember 1950 yang dapat membuktikan bahawa penduduk kampung adalah paling awal menetap di kawasan tanah Rawang, Pemuda KLSCAH berpendapat bahawa ini adalah isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia penduduk kampung dan langsung tiada kaitan dengan pihak mana yang datang dahulu.
Ketua Pemuda KLSCAH Ng Chong Soon berkata, “Kita semua tahu TNB masih belum wujud lagi pada tahun 1950, TNB hanya wujud pada tahun 1990. Walaubagaimana pun, pihak kami berasa bahawa hak asasi, kesihatan dan keinginan penduduk kampung adalah paling penting. Kerajaan BN harus menjaga kepentingan hak rakyat Rawang dan bukannya kepentingan atau keuntungan syarikat TNB. Laluan kabel kuasa tinggi 275kv di kampung dan sekolah akan menjejaskan kesihatan penduduk kawasan sekitar dan murid.”
Selain itu, TNB yang tidak mahu bekerjasama bagi mengadakan laluan alternatif dan tidak menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel kuasa tinggi bukan sahaja telah mengancam kesihatan dan hak asasi masyarakat penduduk dan murid Rawang tetapi juga bercanggah dengan Nilai Dikongsi TNB (TNB Shared Values) sendiri, iaitu sentiasa peka kepada keperluan masyarakat dan alam sekitar (Always be sensitive to the needs of the society and the environment). Isu tersebut telah menunjukkan bahawa TNB tidak peka dan pentingkan keperluan rakyat dan murid Rawang serta mengancam alam sekitar Rawang. Pemuda KLSCAH ingin mengingatkan TNB dan kerajaan BN bahawa Malaysia mempunyai kuasa kapasiti berlebihan yang tertinggi di dunia, telah mencecah 40 peratus rizab berlebihan.
Pemuda KLSCAH menyeru rakyat Malaysia bersatu teguh untuk menyokong perjuangan penduduk Rawang, serta membantah segala tindakan kerajaan yang mementingkan keuntungan dan kepentingan syarikat GLC.
Ng Chong Soon
Ketua Pemudah KLSCAH