Dengan segala hormatnya, Presiden Tan Yew Sing dan ahli-ahli jawatankuasa Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) menjemput orang awam hadir ke Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina 2012 pada tarikh 23hb Januari 2012 (Isnin) jam 12 tengahari hingga 1.30 petang yang bertempat di Dewan Utama KLSCAH.
Kami menyediakan makanan halal dan program Tahun Baru Cina yang menarik untuk semua. Diharapkan orang awam datang bersama.