Ketua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid mengatakan pelaksanaan projek Transit Aliran Massa (MRT) di Jalan Sultan tidak akan mengambil sebarang tanah dan merobohkan bangunan di sepanjang laluan itu. Aktiviti-aktiviti harian penduduk kawasan terlibat juga tidak akan diganggu. Beliau hanya minta penduduk setempat untuk pindah keluar dari kawasan projek buat sementara bagi tempoh selama 6 bulan sahaja. Di satu sisi yang lain, beliau mengakui proses pengambilan tanah sedang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

Tan Yew Sing selaku Presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemeliharaan Jalan Sultan (JPJS) berkata, kenyataan pihak MRT Corp. tidak memberi penyelesaian kepada isu ini. Ia hanya menyebabkan pemilik tanah terjejas yang menerima “Borang E” daripada JKPTG dalam keadaan dilemma.

JKPTG telah mengarahkan pemilik tanah Jalan Sultan untuk menandatangani suatu “mutual agreement” pada 4hb Januari 2012. KLSCAH beranggap tindakan ini merupakan penindasan kerana JKPTG tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai perjanjian itu. KLSCAH telah menghantar surat kepada pihak JKPTG supaya menjelaskan perkara ini, tetapi hingga kini, masih belum mendapat sebarang jawab balas.

Tan juga berkata, motif untuk memelihara Jalan Sultan bukan hanya melibatkan hak dan kepentingan pemilik terlibat. Pada hakikatnya, ia adalah kerana Jalan Sultan yang mempunyai sejarah ratusan tahun, merupakan warisan budaya seluruh rakyat Malaysia. Akan tetapi, pihak MRT Corp. telah menghindari cadangan JPJS supaya melencongkan laluan asal untuk mengelakkan sebarang kemusnahan. Ini menunjukkan pihak berkenaan tidak mengambil berat terhadap perasaan dan suara para pemelihara Jalan Sultan.

Disini, Tan menyeru MRT Corp. menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan isu ini. Beliau percaya bahawa tugas sekarang adalah supaya:
1. MRT Corp. mengadakan sesi pengdengaran awam untuk menyelesaikan keraguan dan masalah secara terbuka tanpa ugutan.
2. MRT Corp. menghantar surat kepada Kerajaan supaya menghentikan proses pengambilan tanah di Jalan Sultan.
3. Kerajaan menarik balik keputusan pengambilan tanah.
4. Mengadakan sesi perbincangan secara terbuka berkenaan cadangan JPJS untuk melencongkan laluan asal MRT.

Inisiatif Datuk Azhar dalam bantuan menggesa Kerajaan untuk mengiktiraf Jalan Sultan sebagai warisan kebangsaan amat dialu-alukan. Tan percaya konsensus ini sangat bermakna dalam proses pemeliharaan Jalan Sultan.

Tinggalkan Balasan