Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH) berasa kecewa atas Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) akan menganjurkan perhimpunan yang bertema “Melayu Bangkit” pada Khamis ini (13hb Mei).
Pemuda KLSCAH berpendapat bahawa Perhimpunan yang bertema “Melayu Bangkit” adalah berunsur perkauman dan bercanggah dengan semangat “1Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib.
“Oleh itu,Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu perlu memberi pendirian mereka atas perhimpunan tersebut. Adakah mereka menyokong perhimpunan tersebut?”
Ketua Pemuda KLSCAH Ng Chong Soon berkata,keputusan serta kelakuan pemimpin PAS yang tidak sokong penganjuran perhimpunan perkauman tersebut
Seharusnya dipuji dan dibelajari oleh peminpin politik yang lain.
Justerunya Ng juga berpandangan bahawa,semua isu semasa sperti kenaikan harga barangan, kemelesetan ekonomi, keganasan polis, pencemaran alam sekitar dan lain-lain adalah masalah yang mempengaruhi kehidupan rakyat tanpa mengira kaum atau agama,dan semua slogan berunsur perkauman seperti “Melayu Bangkit”, “Cina Bersatu” ataupun apa jua slogan perkauman adalah slogan yang mengelirukan rakyat serta selalu dipermainkan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Pemuda KLSCAH menyeru semua rakyat bangkit dan menyokong nilai-nilai pluralisme serta hak asasi manusia dan menolak sebarang slogan dan perhimpunan yang berunsur berperkauman.
Ng Chong Soon
Ketua Pemuda KLSCAH