Empat pelajar yang didakwa di bawah AUKU ialah Ismail Aminuddin, Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai. Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.
Mengikut maklumat yang didapati, empat pelajar jurusan sains politik UKM didakwa atas tuduhan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lalu. Pelajar-pelajar dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 2 Jun dan 3 Jun ini.
Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Kami berpendapat bahawa tindakan pendakwaan pihak UKM tersebut adalah tidak munasabah dan telah mencabuli hak asasi dan kebebasan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar universiti bukan sahaja mempunyai hak mengundi dan juga harus mempunyai hak dalam politik praktis serta hak dalam pembuatan dasar polisi Negara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Tidakan pihak UKM turut akan mengancam peranan pelajar sebagai tulang belakang kemajuan dan pembangunan negara. Pihak universiti tidak harus menyekat pemikiran dan kebebasan pelajar. Ini juga bercanggah dengan Piagam Hak-hak Asasi Manusia Sedunia (UDHR).
Akhir sekali, kami menyeru pihak masyarakat memberi perhatian kepada dakwaan tersebut dan memberi tekanan kepada pihak UKM supaya menarik balik dakwaan AUKU terhadap empat pelajar. Kami juga menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi agar mengarahkan pihak UKM gugurkan dakwaan AUKU serta mansuhkan AUKU yang masih menindas pelajar walaupun AUKU telah dipinda baru-baru ini.
Dipelopori
Ng Chong Soon, Pengerusi PEMUDA KLSCAH
Organisasi yang menyokong kenyataan bersama:
- Persatuan Hokkien Ulu Langat
- Persatuan Sentul Chung Mun Alumni Kuala Lumpur
- Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Kuen Cheng K.L
- Young Malaysia Movement (YMM)
- Center for Orang Asli Concerns
- Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre
- Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
- Student Progressive Front University Utara Malaysia (SPF UUM)
- Student Progressive Front University Sains Malaysia (SPF USM)
- Student Progressive Front New Era College (SPF NEC)
- Gerakan Maju Mahasiswa University Putra Malaysia (GMM UPM)
- Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
- Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH
- S.E.R.U (Student Reserve Unit)
- Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
- Pengerak Belia Zon 23, MPSJ
- PeBT Zon 17, MPAJ
- Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & KL
- The Selangor Yan Keng Benevolent Dramatic Association
- Persatuan Peniaga Ubat Cina W/P & Selangor
- Persatuan Siswazah Lihua KL & Selangor
- Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & KL
- Gabungan Persatuan Alumni University Taiwan, Malaysia
- Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
- Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)