Pemuda Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (Pemuda KLSCAH) mengkritik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menyekat dan menghalang usaha parti politik dalam kerja pendaftaran pengundi baru baru-baru ini. Hanya seribu borang pendaftaran pengundi sahaja dibenarkan isu kepada parti politik pada setiap bulan. Amalan SPR tersebut adalah bertentangan dengan tujuan dan matlamat SPR yang ingin mempercepatkan pendaftaran pengundi baru.

Baru-baru ini Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik, Tony Pua Kiam Wee menelanjangi bahawa SPR Selangor telah menghadkan pengeluarkan borang pendaftaran pengundi kepada perti tersebut dengan 1,000 bagi setiap bulan mulai bulan Jun.sebelum ini, Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadu dan menyatakan pelbagai halangan yang diadakan oleh pihak SPR ketika mereka menjalankan pendaftaran pengundi di seluruh negeri, antaranya termasuklah menghadkan pengeluaran borang pendaftaran pada bilangan yang terlalu sedikit, menyekat permintaan borang pendaftaran parti tersebut dan membekukan permohonan pegawai pendaftaran.

Setelah aduan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap halangan dan sekatan yang banyak daripada SPR semasa mereka menjalankan pendaftaran pengundi di seluruh negeri, antara halangan SPR termasuk menghadkan pengeluaran kurangnya borang pendaftaran, menyekat permintaan borang pendaftaran parti tersebut dan membekukan permohonan pegawai pendaftaran, kini sampai pula Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik menelanjangi bahawa SPR Selangor hanya mengeluarkan 1,000 borang pendaftaran kepada parti politik mulai bulan Jun.

Pemuda KLSCAH berasa kecewa terhadap kes tersebut. Pelbagai halangan daripada SPR yang ternyata di atas akan mempengaruhi 4 juta pengundi baru yang belum mendaftar. Ini akan menyebabkan mereka hilang peluang untuk menjalankan tanggungjawab warganegara, serta mengundi pada pilihanraya yang akan datang.

“Sebenarnya pendaftaran pengundi baru adalah tanggungjawab SPR. Oleh kerana SPR kurang cekap, tugas mereka digantikan oleh parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan. SPR harus bersyukur atas bantuan dari luar dalam mendaftar pengundi baru yang lebih ramai. Tetapi sekarang SPR pula memberi pelbagai alasan untuk menghalang pendaftaran pengundi baru. Tindakan SPR tersebut memang sesuatu yang luar biasa!” katanya Ng Chong Soon, Ketua Pemuda KLSCAH.

Ng Chong Soon turut berkata, SPR harus beroperasi atau bergerak secara bebas dan telus, serta tidak harus menyokong atau pro pada mana-mana parti politik. SPR juga tidak patut menjadi alat atau senjata sesebuah parti politik bagi memenangi undi dan merebut kuasa pemerintahan.

Akhir sekali, Pemuda KLSCAH menyeru SPR membuka ruang kepada borang pendaftaran pengundi baru dan tidak melaksanakan pelbagai sekatan, tetapi harus mendorong parti politik atau pertubuhan masyarakat awam untuk membantu mendaftar pengundi yang lebih ramai.Pada masa yang sama, pemuda KLSCAH juga menyeru SPR untuk mengadakan suatu mekanisme baru untuk membolehkan rakyat yang berusia 21 tahun menjadi pengundi secara automatic.

Tinggalkan Balasan