Pada 20hb April 2026 (Isnin), jam 3.00 petang, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) telah menjemput wakil daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) serta Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) untuk berkunjung ke KLSCAH bagi mengadakan sesi dialog antara kaum, dengan tujuan mempererat persefahaman dan kerjasama antara pihak-pihak terlibat.
Dalam sesi dialog tersebut, ketiga-tiga pihak telah mengadakan perbincangan secara terbuka dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang mendapat perhatian masyarakat semasa. KLSCAH bersama dengan IKRAM dan GBM turut mencapai kesepakatan positif untuk terus memperkukuh saluran komunikasi, memperluas kerjasama antara kaum, serta bersama-sama memupuk keharmonian dan pembangunan masyarakat yang inklusif pada masa hadapan.
Antara wakil yang hadir bagi pihak KLSCAH ialah Presiden Ngan Teng Ye, Naib Presiden Ng Geok Chee, Setiausaha Agung Yeo An Thai, Bendahari Tan Soon Lim, serta Pengerusi Jawatankuasa Sosioekonomi Ong Soo Lee.
Manakala bagi pihak GBM, wakil yang hadir ialah Pengerusi IR Stanley Yong.

中文
EN