9 Oktober 2024 – Gabungan organisasi masyarakat sivil (CSO), aktivis, pakar, serta individu yang terjejas, menyuarakan kebimbangan mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024, khususnya peruntukan yang berkaitan dengan kewarganegaraan yang akan dibahaskan di Parlimen. Dengan hanya berbaki empat hari lagi sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat bermula, pihak gabungan masih belum menerima sebarang kemas kini atau penambahbaikan terhadap rang undang-undang tersebut seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada Julai 2024. Kurangnya ketelusan dan komunikasi ini amat membimbangkan dan bercanggah dengan janji kerajaan Madani untuk mendukung demokrasi yang lebih inklusif dan telus.

Pihak gabungan sebelum ini telah menegaskan bahawa Rang Undang-Undang tersebut dalam bentuk semasanya mengandungi kelemahan kritikal yang jika tidak ditangani dan dibaiki akan memberi implikasi yang meluas kepada komuniti rentan di seluruh Malaysia, khususnya masyarakat pribumi Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. Menteri mesti secara telus mendedahkan butiran lengkap mengenai bagaimana beliau berhasrat untuk menangani kelemahan kritikal ini, termasuk penambahbaikan spesifik terhadap Rang Undang-Undang atau sebarang peraturan berkaitan, dan memberikan masa yang mencukupi kepada semua pihak berkepentingan untuk mengkaji pindaan yang dicadangkan oleh Kementerian. Rang undang-undang ini tidak seharusnya diteruskan dalam bentuknya yang sedia ada kerana ia menggabungkan beberapa pindaan regresif dengan satu pindaan positif yang menangani hak ibu-ibu Malaysia.

Walaupun rang undang-undang ini mengandungi peruntukan positif yang membenarkan ibu-ibu Malaysia secara automatik memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara, pihak gabungan setelah meneliti keseluruhan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 ini mendapati hanya perkara ini satu-satunya pindaan yang progresif. Walau bagaimanapun, pindaan ini juga tidak terpakai secara retrospektif, yang bermaksud bahawa anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu Malaysia pada masa ini (termasuk mereka yang berumur lebih 21 tahun) akan terus didiskriminasi kerana mereka masih tidak mempunyai hak automatik untuk mendapatkan kewarganegaraan.

Rang undang-undang ini juga mengandungi tiga pindaan perlembagaan regresif yang akan memberi kesan negatif terhadap anak-anak penduduk tetap (PR), permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang berumur lebih 18 tahun, dan pasangan asing kepada lelaki Malaysia.

Untuk menangani kemungkinan peningkatan kes tanpa kewarganegaraan yang disebabkan oleh pindaan ini, kami menyeru agar langkah-langkah perlindungan diperkenalkan dalam rang undang-undang ini supaya jaminan Perlembagaan yang telah wujud sejak penubuhan Persekutuan tidak terhakis.

Pihak gabungan ingin mengingatkan Ahli-ahli Parlimen bahawa walaupun perkara-perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan parlimen direkodkan, ia tidak mengikat menteri atau kerajaan kepada dasar atau undang-undang tertentu. Oleh itu, adalah penting bahawa semua langkah perlindungan dinyatakan secara jelas dalam rang undang-undang itu sendiri bagi memastikan tiada kekaburan atau risiko tafsiran yang salah pada masa hadapan.

Pihak gabungan juga mengambil maklum kenyataan media SUHAKAM yang menegaskan pendirian dan pandangannya terhadap pindaan yang dicadangkan. Kemungkinan pendirian SUHAKAM tidak digunapakai oleh kerajaan amat membimbangkan. Terutamanya apabila Kementerian telah memberi jaminan kepada Majlis Raja-Raja bahawa rang undang-undang ini akan  diperhalusi bersama SUHAKAM.

Kerajaan pada setiap masa wajib bertindak demi kepentingan rakyatnya. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, kerajaan tidak boleh beranggapan bahawa hanya mereka yang mengetahui perkara yang terbaik. Dalam hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, semua pihak berkepentingan mesti dilibatkan secara menyeluruh dan telus. Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri menarik balik pindaan yang berkaitan dengan penolakan kewarganegaraan automatik kepada anak-anak penduduk tetap Malaysia (seksyen 1(a)) dan memastikan pindaan untuk ibu-ibu Malaysia diberikan kesan retroaktif. Di samping itu, langkah-langkah perlindungan yang perlu mesti dimasukkan bagi melindungi mereka yang berisiko menjadi tanpa kewarganegaraan akibat perubahan perlembagaan ini.

Semua Menteri dan Ahli Parlimen telah diberikan salinan matriks yang disediakan oleh Pihak gabungan dan masyarakat sivil dengan kerjasama akademik, pakar undang-undang, dan wakil-wakil dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, yang menyediakan jalan tengah menangani kebimbangan kerajaan berkenaan isu keselamatan negara sambil melindungi hak kewarganegaraan mereka yang haknya berisiko disalahgunakan oleh kerajaan yang akan datang.

Mengambil kira kepentingan dan kerumitan isu ini sekiranya rang undang-undang ini diteruskan, kami memohon agar kerajaan mengasingkan perbahasan rang undang-undang ini dan mengundi berdasarkan setiap peruntukan secara berasingan bagi memastikan setiap bahagian diperhalusi dengan teliti. Semua langkah perlindungan dan risiko perlaksanaannya mesti dibincangkan dan dibentangkan sepenuhnya secara telus sebelum ianya dibahaskan di Parlimen.

Kenyataan media ini dikeluarkan bagi pihak organisasi masyarakat sivil yang prihatin serta individu-individu yang terjejas. Kami menyeru orang ramai dan semua pihak berkepentingan untuk bersama-sama kami memastikan Rang Undang-Undang Kewarganegaraan 2024 tidak menzalimi dan menyebabkan ketidakadilan dan tanpa kewarganegaraan terhadap komuniti-komuniti rentan di Malaysia.

 

Disokong oleh:

Gabungan/Rangkaian:

  1. Malaysian Citizenship Rights Alliance (MCRA) – 20 CSOs
  2. National Early Childhood Intervention Council (NECIC) (representing 23 member organisations)
  3. Gabungan NGO-NGO Masyarakat India (I25) 22 Member NGO

 

CSOs:

  1. Aliran
  2. Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK) Sabah
  3. Architects of Diversity
  4. Association of Toy Libraries Msia
  5. Association of Women Lawyers (AWL)
  6. Bait Al Amanah
  7. Barefoot Mercy
  8. Bersih
  9. Borneo Komrad
  10. Buku Jalanan Chow Kit
  11. Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA)
  12. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  13. Centre For Plantation Worker Studies (Cpws) 
  14. Centre For Road Safety And Research Studies (Crsrs)
  15. Child Rights Information Centre (Chrince) 
  16. Childline Foundation
  17. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED). 
  18. Consumer Education And Environment Studies Centre (Ceestc)
  19. CRIB Foundation 
  20. Deaf Advocacy and Wellbeing National Organisation Malaysia (DAWN)
  21. Demokrat UKM
  22. Dewan Keusahawanan Malaysia India Bersatu 
  23. DHRRA Malaysia
  24. EMPOWER
  25. END CSEC Network Malaysia
  26. Engage
  27. ERA Consumer Malaysia
  28. ENGENDER
  29. Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA)
  30. Fourth Media
  31. G25
  32. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
  33. Gindol Initiative for Civil Society Borneo
  34. Greenpeace Malaysia 
  35. HaKita
  36. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
  37. IIUM Student Union (IIUMSU)
  38. Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
  39. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
  40. Johor Women’s League (JEWEL)
  41. Justice for Sisters 
  42. Kelab Amal Prihatin Wanita Tapah 
  43. Kemban Kolektif
  44. KLSCAH Civil Rights Committee
  45. KLSCAH Youth
  46. Lawyer Kamek, Sarawak
  47. Legal Dignity
  48. Make It Right Movement 
  49. Malaysia Consumer Advisory Association (MCAA)
  50. Malaysia Stateless Alliance 
  51. Malaysian Association of Social  Workers (MASW)
  52. Malaysian Rare Disorder Society
  53. MANDIRI
  54. Nation Building School (NBS)
  55. North South Initiative
  56. Pahang State Indian Affairs Community Welfare Development association
  57. Persatuan Asia Tenggara Untuk Keselamatan Makanan Dan Perdagangan Adil Malaysia
  58. Persatuan Kebajikan dan Kepenggunaan Wanita Malaysia (PKKWM)
  59. Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan
  60. Persatuan Kebajikan Jejak Kasih Kuching (Barefoot Mercy)
  61. Persatuan Kebajikan Sokongan Selangor & KL (Family Frontiers) 
  62. Persatuan Pelindung Alam Sekitar , Tenaga, Air Dan Sumber Alam Malaysia 
  63. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM | ROSE)
  64. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPSM | ROSE)
  65. Persatuan Pembangunan Akademik dan Sahsiah Murid India.
  66. Persatuan Pendidikan D’Wira Kuching
  67. Persatuan Pengguna Klang 
  68. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18)
  69. Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang
  70. Pertubuhan Belia Wawasan India Hulu Selangor 
  71. Pertubuhan Generasi Rakan Komuniti Hulu Selangor 
  72. Pertubuhan Kesejahteran Dan Aspirasi Rakyat Malaysia 
  73. Pertubuhan Pembangunan Dan Kemajuan Sekolah Tamil Malaysia (PPST)
  74. Pertubuhan Pembangunan Generasi Hulu Selangor 
  75. Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Membela Insan Insan Malaysia 
  76. Pertubuhan Titian Digital Malaysia (PTDM)
  77. Project Stability and Accountability in Malaysia (Projek SAMA)
  78. Protect and Save the Children Malaysia
  79. PT Foundation 
  80. PurpleLily Social Association Kuching 
  81. Pusat KOMAS
  82. Rural Consumer Organization Malaysia
  83. Sabah AIDS Support Services Association (KASIH)
  84. Sabah Human Rights Centre (SHRC)
  85. Sarawak OKU Skills Development Association (SOSDA)
  86. Sarawak Women for Women Society
  87. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  88. SEED Malaysia
  89. Selangor & KL Hokkien Association Youth
  90. Selangor & Wilayah Persekutuan Consumer Association
  91. Selangor Consumer Welfare Association (SCWA) 
  92. Sisters in Islam
  93. Society for Equality, Respect and Trust for All Sabah (SERATA)
  94. Society for Promotion of Human Rights (PROHAM)
  95. Stateless Malaysians Citizenship Movement (SMCM) 
  96. Stateless.MY 
  97. Suara Siswa UiTM
  98. Sustainable Development Network (SDN) 
  99. Tamil Learning And Information Centre (Tlic) 
  100. TEROKA 
  101. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  102. The Management Institute For Social Change (MINSOC)
  103. The OKU Rights Matter Project
  104. The Rise Malaysia
  105. Trades Union Resource Centre (Turc) 
  106. UM Feminism Club
  107. Voice of the Children (VoC)
  108. Voice of Youtharian (VOY)
  109. Women’s Aid Organisation
  110. Women’s Centre for Change (WCC)
  111. World Health Relief Fund (WHRF)
  112. Yayasan Chow Kit

 

Individu: 

  1. Adrian Pereira
  2. Afrina Adzhar
  3. Alica Albert 
  4. Aliff Luqman Nasution bin Abdul Hamid
  5. Andrew Khoo
  6. Ariah Wani Binti Karim
  7. Baskaran Irasan
  8. Beverly Joeman
  9. Brenda Rachel Lee
  10. Chan See Yan 
  11. Chen Ket Chuin @ KC
  12. Chuah Ee Chia
  13. Cikgu Rahayu
  14. Cristin Liauw
  15. Dato S.Saravanan
  16. Dato’ Ambiga Sreenevasan
  17. Dato’ Dr Amar-Singh HSS
  18. Davadass Anjan
  19. Dr Anthony Chong
  20. Dr Kanul Gindol
  21. Dr Lyana Khairuddin 
  22. Dr Leong Han Ming (Daniel)
  23. Dr Wong Chin Huat
  24. Dr. Vizla Kumaresan
  25. Elise Ho 
  26. Fan Siew Lee 
  27. Faridah Abdullah 
  28. Hamizah binti Shamsudeen
  29. Rose Ismail
  30. Heah Tze Ling
  31. Hindu Saiva Sangam 
  32. Ineza Roussille
  33. Jane Kasim
  34. Jasmine Wong Kah Man 
  35. Jayanath Appudurai 
  36. Jeannie Low
  37. Jeyakumar Varatharajoo
  38. JoeAnn
  39. Joelin Lim Ai Ling
  40. Jr Thaddeus Jack Kinabalu Thaddeus
  41. Karunaneethi Thangavel
  42. Kelvin Lee Chi Kah 
  43. Kunjari Sambatham
  44. Larissa Ann Louis
  45. Lawrence Lim 
  46. Lee Cheah Cherng
  47. Lee Seng Loong
  48. Low Huiyi
  49. Low Ying Chai
  50. Lynnefra Y
  51. Maha Balakrishnan
  52. Malisse Tan
  53. Marina Mahathir
  54. Megan Steven
  55. Mohd Nasir Bin Mohd A
  56. Neduncheliyan Adaikalam
  57. Ngeow Chow Ying
  58. Novinthen Krishnan
  59. Nurul Akashah
  60. Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip
  61. Ooi Eng Fong
  62. Prakash  Nagasvara Ravo
  63. Ranee Sreedharan 
  64. Ravi Muniandy 
  65. Ray Teoh
  66. Roselizaman
  67. Rosita Mohd Hussain 
  68. Sathia Seelan Arumugam
  69. Sharene Kam
  70. Sharmela
  71. Sherzali Herza Asli
  72. Simraatraj Kaur
  73. Tan Kim Hwa
  74. Tay Chia Yi
  75. Thilaga sulathireh
  76. Thomas Fann 
  77. Zarul Afiq
  78. Timothy Tean Chong Chern 
  79. Vanessa
  80. Wong Hui Min
  81. Wong Kueng Hui
  82. Wong Yew Lee
  83. Yap Swee Seng
  84. Zainah Anwar

Tinggalkan Balasan