Saya selaku Presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH), dengan ikhlasnya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di negara ini.
Secara tidak langsung, Sambutan Hari Raya yang diraikan setahun sekali adalah penting untuk menerapkan nilai-nilai Islam, seperti toleransi, kesamarataan, pengampunan, dan belas kasihan. Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan oleh umat Islam sahaja, sebaliknya turut diraikan bersama oleh semua kaum di Malaysia. Ini memaparkan keunikan Malaysia yang memang indah dengan masyarakat majmuk dan mewujudkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum .
Isu stoking kalimah Allah yang diperbesarkan oleh tokoh-tokoh politik baru-baru ini telah menyebabkan suasana ketegangan dalam kalangan masyarakat Malaysia. KLSCAH bimbang bahawa isu hangat ini mencetuskan kebencian dan perpecahan antara kaum. Sempena sambutan Hari Raya, ia memberi ruang kepada masyarakat majmuk Malaysia untuk saling bermaaf-maafan perselisihan faham dan perbezaan antara kaum serta mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. KLSCAH dengan ikhlasnya berharap pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dapat terus mengamalkan nilai ‘Zhong Yong’ dalam pentadbiran negara dan rakyat dari pelbagai etnik dapat mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin, saling berganding bahu untuk membina sebuah negara yang bebas dan demokratik.
Akhir sekali, KLSCAH mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf, Zahir dan Batin. Sekian.