Gempa Bumi kuat berukuran 7.8 magnitud telah menggegarkan wilayah sempadan Syria dan Turkiye dan turut berlaku gempa susulan yang bermagnitud antara 5.0 dan 7.5 di kawasan berikut. Gempa Bumi yang berlaku di Syria dan Turkiye dianggap sebagai gempa bumi paling kuat rantau itu dalam satu abad dan jumlah mangsa yang terkoban dan tercendera telah  mencecah melebihi 20,000 orang setakat hari ini.

Mesyurarat Exco KLSCAH yang diadakan pada 8 Februari 2023 telah meluluskan usul bagi melancarkan kutipan derma bantuan kemanusiaan bencana gempa bumi Syria dan Turkiye dengan menetapkan sasaran sumbangan sebanyak dua ratus ribu  ringgit (RM200,000.00). Sehubungan itu, KLSCAH  telah melantik Naib Presiden,iaitu  Encik Thay Peng Hong sebagai pengerusi jawatankuasa program derma bantuan kemanusiaan bencana gempa bumi Syria dan Turkiye.

KLSCAH akan bergading bahu dengan MyCARE yang berpengalaman dalam kerja-kerja  bantuan kemanusiaan di rantau Asia Tenggara dan  Timur Tengah. KLSCAH akan menyerahkan kutipan derma kepada MyCARE dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Syria dan Turkiye melalui MyCARE.

Di samping itu, Jawatankuasa Kebudayaan dan Pendidikan KLSCAH juga akan menganjurkan konsert  amal pada 26 Februari yang bertujuan untuk mengumpul sumbangan derma. Selain Koir KLSCAH, koir-koir dan penyanyi tempatan lain turut  menyertai konsert ini. KLSCAH berharap konsert ini dapat menyampaikan impak positif kepada penonton, agar mereka boleh menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa.

Bagi orang ramai yang berminat untuk menderma, sumbangan boleh dihulurkan atas nama The KL & Selangor Chinese Assembly Hall melalui akaun Public Bank (3179679034). Sila menghantar resit transaksi kepada: [email protected] dan nyatakan ‘Derma Bantuan Kemanusiaan Bencana Gempa Bumi Syria dan Turkiye’ untuk rujukan KLSCAH. Tarikh akhir pengumpulan derma adalah pada 28 Februari 2023 dan sumbangan ini akan diserahkan kepada MyCare secepat mungkin supaya bantuan dapat dijalankan dengan lancar.

 

Depan dari kiri: CEO MyCARE Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Naib Presiden KLSCAH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kutipan Derma Bencana Gempa Bumi Syria dan Turkiye Encik Thay Peng Hong, Presiden KLSCAH Encik Ngan Teng Ye, Setiausaha Agung KLSCAH Encik Tan Soon Lim

 

Tinggalkan Balasan