Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 telah mencatat sejarah kerana tiada gabungan parti mendapat majoriti yang diperlukan, dan buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung. Sementara itu, situasi sama turut berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Pahang, rundingan gabungan-gabungan parti dalam membentuk kerajaan campuran sedang giat dijalankan.
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berpendapat bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berbentuk Westminster, sekiranya tiada pihak memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan , gabungan parti dengan jumlah kerusi tertinggi patut diberi peluang untuk membentuk kerajaan terlebih dahulu, dan wajib diamalkan sebagai satu kelaziman sistem Westminster.
Dalam erti kata lain, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa bahawa PN akan membentuk kerajaan telah bercanggah dengan kelaziman sistem Westminster yang diamalkan di bawah kerangka asas perlembagaan persekutuan, kerana Pakatan Harapan (PH) (dengan 82 kerusi Parlimen) adalah pihak yang memenangi kerusi parlimen terbanyak, PN adalah kedua.
Selain itu, kerajaan negeri Perak juga mengalami situasi DUN tergantung yang sama. Hal ini kerana PN Perak (dengan 26 kerusi DUN Perak) memenangi kerusi terbanyak, maka PN Perak harus diberi keutamaan untuk membentuk gabungan kerajaan negeri. Jadinya, PH dan BN dalam negeri Perak sewajarnya membentuk gabungan kerajaan negeri hanya selepas kegagalan PN Perak berbuat demikian. Begitu juga, keutamaan untuk membentuk gabungan di DUN Pahang harus diberikan kepada PN Pahang (dengan 17 kerusi DUN Pahang).
KLSCAH menegaskan bahawa gabungan parti yang memperoleh kerusi terbanyak, harus diberikan keutamaan untuk membentuk kerajaan. Hal ini juga bermaksud gabungan tersebut harus diberi masa yang cukup untuk berunding bagi membentuk kerajaan campuran, dan bukannya tergesa-gesa membentuk kerajaan baharu dalam tempoh yang sangat singkat.
Dalam era persaingan berbilang parti, kerajaan campuran telah menjadi norma baharu politik. Rakyat harus bersifat tenang dan rasional apabila mengalami pembentukan kerajaan baharu melalui gabungan parti kini. Pembentukan kerajaan selepas PRU15 ini akan membentuk kelaziman penting demi membentuk kerajaan campuran apabila situasi parlimen tergantung muncul lagi pada masa depan.
DEWAN PERHIMPUNAN CHINA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KLSCAH)
