WANITA KLSCAH mengambil maklum Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berniat meminda Akta 355 bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT). Kami merasa kecewa dengan ucapan tersebut dan membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang mengancam hak asasi manusia.
WANITA KLSCAH bimbang ia akan membawa kepada keganasan dan ganggguan yang serius terhadap golongan LGBT sekiranya cadangan pindaan diluluskan. Malahan kerajaan pusat telah melanggar kewajiban untuk mempertahankan hak setiap warganegara yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ramai orang berpendapat bahawa LGBT merupakan satu penyakit mental dan ia bertentangan dengan sifat-sifat semula jadi dan meruntuhkan moral. Oleh itu, golongan LGBT dipinggirkan sejak sekian lama dalam masyarakat. Namun kajian saintifik telah menyatakan bahawa LGBT bukan salah satu penyakit mental, ia merupakan fenomena yang biasa di alam semula jadi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga, telah mengeluarkan kehomoseksualan daripada klasifikasi penyakit mental pada 17 Mei 1990, tidak lagi menganggap LGBT sebagai satu penyakit.
Sebagai ahli cabinet, Ahmad Marzuk Shaary perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang LGBT, bukannya memaksa penerimaan sesuatu nilai oleh rakyat jelata tanpa memahami fakta saintifik. Tambahan pula, kenyataan beliau juga bercanggah dengan saranan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1). Perdana Menteri menyeru ASEAN perlu mempertimbangkan undang-undan yang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian berdasarkan bangsa, jantina, agama,orientasi seksual,kecacatan atau kewarganegaraan.
LGBT tidak melanggar fitrah manusia, dan juga tidak meruntuhkan moral. Setiap insan wajib dilayan secara bermaruah dan adil.
Dengan ini, kami minta Yang Berhormat Ustaz Ahmad Marzuk Shaary hentikan diskriminasi terhadap golongan LGBT demi kepentingan politik. Penghasutan kebencian berdasarkan orientasi seksual bukan sahaja bercanggah nilai keterbukaan dan toleransi, tetapi juga menimbulkan banyak masalah sosial.
Kami juga harap Yang Berhormat mengutamakan hal-hal yang terpenting dulu, memandangkan banjir dan penularan wabak COVID-19 masih belum berakhir.
Pengerusi Wanita Dewan Perhimpunan China KL dan Selangor (KLSCAH),
Ng Geok Chee
(Gambar: FreeMalaysiaToday)