Sempena Hari Malaysia, Bahagaian Wanita Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) akan mengadakan program mempromosikan budaya dan adat resam berbilang etnik di Malaysia  bermula dari 23hb Ogos 2020 sehingga 27hb September 2020 seperti berikut:

Tarikh Tajuk Masa
1 23hb Ogos 2020 Pengenalan adat istiadat Melayu 2pm
2 6hb Septermber 2020 Pengenalan adat istiadat India 2pm
3 13hb September 2020 Pengenalan adat istiadat Kadazandusun dan Suluk di Sabah 8pm
4 20hb September 2020 Pengenalan adat istiadat Iban dan Bidayuh di Sarawak 2pm
5 27hb September 2020 Pengenalan adat istiadat Sikh 2pm

Untuk makluman, para ahli antropologi budaya pelbagai etnik yang aktif dalam kegiatan sosial dan kemasyarakatan di Malaysia, seperti Lee Eng Kew, Dr. Johari Yap, S.Selvamalar, Nelson Dino, Evelyn Annol , Sunil Singh dan lain-lain telah dijemput untuk menyampaikan kuliah dalam progam-program tersebut.

Setiap kaum dan etnik di Malaysia mempunyai kepelbagaian adat resam dan budaya yang berbeza, seperti perbezaan dalam adat hidup dan istadiat pengebumian dan ia wajar dikaji dengan mendalam dan intensif. Oleh itu, Wanita KLSCAH berharap penganjuran program pengenalan adat istiadat multietnik di Malaysia dapat memupuk integrasi budaya dan persefahaman antara berbilang kaum dan etnik.

Justeru, Wanita KLSCAH mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia dalam progam-program seperti yang tersebut di atas. Wanita KLSCAH juga menggalakkan sumbangan khalayak ramai supaya dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti lain yang juga mewarnai kepelbagaian budaya dan adat resam rakyat Malaysia pada masa kelak.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank KLSCAH atas nama ‘The K. L. & Sel. Chinese Assembly Hall’ (Public Bank, Nombor akaun: 31777 84127).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penolong setiausaha DPCKLS, saudari Chua di talian 03-2274 6645. Untuk maklumat lanjut, dipersilakan melayari facebook Bahagian Wanita KLSCAH (https://www.facebook.com/KLSCAHWomenSection ).

 

Ng Geok Chee

Pengerusi Bahagian Wanita KLSCAH

(gambar: http://semangatdtk5a.blogspot.com/)

Tinggalkan Balasan