
“Kami fokus kepada Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rome, bila sepatutnya kami usahakan tentang kesaksamaan gaji dan kemiskinan.
“Wujud juga terlalu banyak rasa tidak percaya antara rakan kerjasama politik,” kata ahli Parlimen Muar itu.
“Kami juga mahu berjimat dalam tempoh dua tahun pertama sebelum membukanya bagi tiga tahun berikutnya (penggal pemerintahan). Tetapi itu tidak berlaku,” kata Syed Saddiq, merujuk kepada keruntuhan kerajaan PH selepas 22 bulan mentadbir negara.
Bekas pemimpin Bersatu itu berkata PH juga bergerak terlalu perlahan dalam melakukan perubahan.
Menggunakan Undi18 sebagai contoh, Syed Saddiq berkata Kabinet mengambil masa setahun untuk mempersetujuinya.
“Asyik ditangguhkan saja.
“Perkara sama berlaku bagi perubahan pembiayaan parti politik. Saya buat pembentangan yang kemudiannya dkaji oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).
“Tetapi ia ditangguhkan. Perkara sama berlaku kepada had dua penggal untuk perdana menteri dan penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN.
“Kita ada wang dan kapasiti, tetapi kita terlalu lambat. Perubahan itu sepatutnya berlaku lebih cepat,” katanya.
Bagaimanapun, PH ada pencapaian yang kecil, kata Dr Lee.
“Ada Undi18, iaitu pendaftaran automatik pengundi dan kami juga mengubah cara pilihan raya kecil diadakan di mana Suruhanjaya Pilihan Raya bukan untuk memenangkan kerajaan.
“Kami juga mengambil beberapa langkah anti rasuah seperti pengisytiharan harta oleh ahli Parlimen, GIACC dan media lebih bebas dalam tempoh 22 bulan itu,” kata bekas timbalan menteri kesihatan itu.
Satu lagi kesilapan PH ialah cuba bersaing dengan Barisan Nasional berkenaan isu kaum.
Dipetik dari The Malaysian Insight
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/268681