Berhubung dengan suatu kejadian yang berlaku beberapa hari yang lalu di mana seorang Inspektor Polis terdakwa merogol dua orang wanita warga asing selepas ditahan di satu sekatan jalan, Bahagian Wanita KLSCAH hari ini menyeru pihak Polis supaya memandang berat terhadap insiden tersebut serta menjalankan penyiasatan dengan adil dan menyeruluh supaya pegawai yang berkenaan dapat dikenakan hukuman sewajarnya demi keadilan untuk pihak mangsa dan untuk memulihkan imej Polis Diraja Malaysia.
Bahagian Wanita KLSCAH menyedari bahawa pelaksanaan sekatan jalan bertujuan menghindari orang ramai keluar dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Juga, mengikut lapuran media, pelanggar PKP biasa dibawa terus ke-balai kemudian ke Mahkamah untuk tindakan seterusnya. Namun dalam kes yang berkenaan adalah sangat menghairankan kenapa 2 orang mangsa itu yang tiada dokumen perjalanan yang sah tidak dibawa ke balai polis terus, malah mereka telah dibawa ke hotel di depan balai dan seterusnya dirogol dan dikurung dalam hotel selama 24 jam. Tindakan pegawai tersebut nyata merupakan penyalahgunaan kuasa oleh seorang pejawat awan demi memenuhi kepuasan nafsu diri sendiri. Tindakan begini sungguh keji dan tidak boleh diterima sama sekali.
Bahagian Wanita KLSCAH kurang yakin samada terdapat kelemahan atau ketidaksempurnaan dalam SOP polis yang boleh diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawap. Dalam kes tersebut, kedua-dua mangsa adalah wanita dan warga asing yang tidak boleh bertutur Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, adalah sungguh aneh kenapa mereka tidak diiringi oleh anggota polis wanita atau sekurang-kurangnya oleh dua orang anggota polis. Mereka telah ditahan dan diiringi oleh seorang Inspektor lelaki!
Meskipun Inspektor yang terlibat telah ditahan serta direman selama 5 hari di bawah Seksyen 376(3) (rogol) Kanun Keseksaan, Bahagian Wanita KLSCAH menyeru pihak polis supaya menentukan kemungkinan wujudnya unsur bersubahat (abetment) dalam kejadian tersebut.
Harus dititikberatkan bahawa, memandangkan peranan pihak polis adalah melindungi orang ramai serta menjamin keselamatan masyarakat, kesalahgunaan kuasa oleh Inspektor berkenaan adalah sangat membimbangkan serta mengecewakan. Perbuatan sedemikian telah mencemarkan imej pihak polis.
Justeru itu, kami menyeru pihak Polis supaya menjalankan siasatan secara profesional tanpa menyebelahi mana mana pihak bagi mengelakkan terulangnya kejiadian sedemikian demi menjaga nama baik Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Pendek kata, Bahagian Wanita KLSCAH dengan tulus ikhlas berharap pihak polis dapat mengambil teladan dari insiden tersebut, mengadakan latihan lanjutan demi meningkatkan lagi nilai moral anggota polis, mengkaji semula dan memperbaikan lagi SOP untuk mengatasi sebarang kelemahan.
Tambahan pula kami menggesa pihak Kerajaan supaya mengimplimentasikan IPCMC untuk mengawal tingkahlaku anggota polis dengan lebih padat dan teratur.