Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH) menyambut baik arahan Ketua Hakim Mahkamah Agong Tengku Maimum kepada semua mahkamah supaya mengambil kira kapasiti serta keadaan penjara di samping melaksanakan undang undang yang sedia ada apabila membicara kes kes berkaitan pelanggaran PKP. Ini adalah bagi mengelakkan penjara penjara dari menjadi terlebih sesak dan berlakunya “cross infection” seterusnya memburukksn keadaan wabak COVID 19.
Berdasarkan lapuran media yang ada setakat 2 April, terdapat 4188 orang telah ditangkap oleh pihak Polis, seramai 1449 kes adalah berkaitan dengan pelanggaran PKP dengan tertuduh yang terdiri dari semua lapisan masyarakat termasuk pakar perubatan, murid sekolah, pekerja asing dan pemuda. Mereka didakwa berada di luar kediaman dan dihantar ke pusat tahanan, seterusnya digari dan dihantar secara ramai ke mahkamah. Ternyata layanan mereka jauh beza dgn ahli politik atau pegawai kanan Kerajaan Yang dituduh dalam kes rasuah yang melibati jumlah wang yang besar.
Bahagian Wanita KLSCAH bersetuju dengan matalamat PKP untuk menghindarkan orang ramai supaya jangan keluar dari rumah kediaman bagi mengelakkan peningkatan penularan wabak COVID 19, namun harus perhatikan bahawa kebanyakan pelanggar PKP telah mengaku salah dan berkerjasama dengan pihak berkuasa. Perbuatan pesalah ini pasti mengurangkan beban pilhak polis dan mahkamah.Dukacitanya pihak pendakwa lebih cenderung terhadap hukuman yang berat dan mahkamah telah mengenakan denda berat atau hukuman penjara.Ramai di antara tertuduh terpaksa dipenjarakan akibat ketidakmampuan untuk membayar denda yang berat kerana pengangguran dan tiada pendapatan sekarang. Hukuman penjara bukan saja menambahkan beban untuk pihak penjara, tertuduh dan keluarga mereka, bahkan menambahkan risiko jankitan antara orang sihat degan pembawa COVID 19.
Justeru itu, Bahagian Wanita KLSCAH merayu kepada pihak Kerajaan bahawa atas prinsip dan semangat Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, untuk mengambil langkah kangkah berikut: