Selepas 100 kakitangan dan bekas pekerja mengadakan piket di luar ibu pejabat syarikat penerbitannya pada Isnin lalu, berita-berita Utusan gagal membayar gaji selama 3 bulan dan penamatan penerbitan akhhar harian mereka terus menyebar. Walaupun pihak Utusan telah mengumumkan bahawa harga kedua-dua akhbar mereka, Utusan Malaysia dan Kosmo! akan dinaikkan 50 sen mulai Jumaat ini dan mereka telah menerima RM1.6 juta daripada UMNO untuk membayar RM2,000 kepada 800 kakitangan Utusan hari ini sebagai penyelesaian jangka pendek, namun tiada jaminan substansial jangka panjang.
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) menyeru kerajaan Pakatan Harapan agar membantu kakitangan Utusan secara aktif. Selain itu, pihak kami juga menyeru semua parti politik supaya menarik balik semua dana yang dilaburkan dalam mana-mana media supaya kebebasan media dapat dipastikan, dan juga boleh mengelakkan peristiwa sebegini berlaku secara mengulang.
Walaupun Utusan Malaysia selalu dilabel sebagai “Jurucakap UMNO” semasa Barisan Nasional menguasai Malaysia, tetapi kerajaan semasa yang dipimpin oleh Pakatan Harapan mesti memahami bahawa dalam realiti, kakitangan korporat biasanya tiadak boleh menentang keputusan dan resolusi pihak pengurusan korporat. Oleh itu, kerajaan Pakatan Harapan perlu memberikan bantuan kepada pekerja-pekerja Utusan Malaysia, secara kewangan atau perancangan kerjaya baru.
Selain itu, untuk memastikan kebebasan berita / media tidak diancam dan berita yang dikeluarkan dijamin adil, pihak KLSCAH juga ingin menyeru semua parti politik supaya berhenti mencampur tangan dalam korporat-korporat media secara dana kewangan atau pengaruhan politik, biarkan semua media terus bernafas secara bebas dan adil.
Semua kakitangan media mesti belajar dari peristiwa ini, dan menolak semua sumber dana daripada parti politik atau kroninya. Semua kakitangan media/ berita juga perlu sentiasa ingat bahawa tugas anda adalah mengawasi tadbir urus kerajaan, tidak kira sesiapa yang menguasai kuasa pentadbiran negara kita.
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH)