Parlimen Untuk Rakyat
parliment1
Pemuda KLSCAH (Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor) membidas Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengatakan “Sidang media diadakan di Parlimen sepatutnya untuk anggota Parlimen sahaja, bukan untuk NGO”.

Pemuda KLSCAH berkata bahawa kebanyakan negara kebajikan yang maju membenarkan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan kemudahan, ruang dan kawasan bangunan Parlimen tanpa sebarang syarat. Ini merupakan prinsip “Rakyat didahulukan” yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan.

Sebagai contohnya, Canada membenarkan NGO mengadakan sidang media di bilik media (Press Room) Parlimen, manakala Australia mempunyai “Friendship Groups” untuk NGO dan rakyatnya di Parlimen. Banyak negara lagi bukan sahaja mengizinkan NGO dan rakyatnya mengadakan sidang media di kawasan Parlimen malah mengizinkan NGO dan rakyatnya membuat protes di kawasan Parlimen. Yang lebih mengagumkan adalah Parlimen New Zealand yang membenarkan rakyat, pelajar-pelajar dan kanak-kanak berkelah di kawasan Parlimen.

Pemuda KLSCAH berpendapat bahawa Shahidan Kassim harus belajar daripada negara yang maju untuk memastikan Parlimen Malaysia menjadi “First Class Democracy” Parlimen dan mengelakkan imej Parlimen Malaysia terjejas akibat daripada melarang NGO dan rakyat memberi pandangan mereka di kawasan bangunan Parlimen. Parlimen tidak harus menafikan hak kebebasan bersuara  dalam bangunan Parlimen dan hak kebebasan berhimpun di kawasan luar Parlimen.

“Negara maju ke depan bukannya kerana adanya Perdana Menteri ataupun Menteri, tetapi rakyatnya yang dapat menunjukkan bantahan atau protes terhadap perkara yang salah, serta memperjuangkan perkara yang betul dan benar.” Katanya Robert Lua Khang Wei, Ketua Pemuda KLSCAH.

Pemuda KLSCAH juga menyeru agar semua rakyat, parti politik dan NGO memberi perhatian dan sokongan kepada hak kebebasan bersuara dalam bangunan Parlimen dan hak kebebasan berhimpun di kawasan bangunan Parlimen agar hak-hak rakyat dapat dijaga dan diutamakan.

Tinggalkan Balasan