Tarikh: 9-3-2013 (Sabtu)
Masa: 11.00pagi
Tempat: Bilik Seminar, Tingkat 1, KLSCAH

Semasa pembentangan bajet 2012, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pembangunan projek Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion yang akan dijalankan dalam tiga fasa selama 10 tahun. Projek ini bukan sahaja merampas ruang awam rakyat, mengubah landskap asli kota lama Kuala Lumpur yang bersejarah, malah menara 118 tingkat ini akan mengerdilkan Stadium Merdeka, lambang penting kemerdekaan negara kita.

Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) yang ditubuhkan oleh 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melancarkan kempen “Katakan Tidak” kepada Projek Menara 118 tingkat baru-baru ini untuk mempertahankan Taman Merdeka (Merdeka Park) dan komuniti bersejarah di sekelilinginya, termasuklah Jalan Petaling, Jalan Sultan, Jalan Panggung, Jalan Balai Polis, Jalan Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun H.S.Lee, Jalan Hang Lekir, Jalan Maharajalela dan sebagainya.

Pada 9 Mac 2013 (Sabtu), pukul 11 pagi, PTMN akan mengadakan “Rundingan Awam: Projek Warisan Merdeka, Menara 118 Tingkat dan Pembangunan Komuniti Sekelilingi” di KLSCAH. Pihak DBKL, pemaju PNB dan Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar akan dijemput untuk berdialog dengan orang awam.

Orang ramai serta organisasi-organisasi sivik dijemput dan digalakkan menyertai sesi dialog ini bagi menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing.

Untuk Maklumat & Pendaftaran:
http://www.facebook.com/events/417714174983158/

Tinggalkan Balasan