Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala dan Selangor (Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section, Pemuda KLSCAH) mengutuk Ketua Polis Pahang, DCP Datuk Sharifuddin Abdul Ghani. DCP Sharifuddin Ab Ghani telah mengancam rakyat dengan mengatakan bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap rakyat yang menghalang pembinaan kilang pemprosesan unsur nadir bumi (rare earth factory). Sharifuddin juga mengatakan bahawa polis akan selalu memantau segala tindakan rakyat yang membantah kilang pemprosesan unsur nadir bumi, termasuk demonstrasi dan seminar.

“Komen DCP Sharifuddin Abd Ghani bukan sahaja merupakan pencabulan hak asasi manusia yang serius, tetapi juga termasuk unsur intimidas.  Beliau juga tidak patut  menghentikan aktiviti , kerana telah bertentangan dengan Artikel ke-11, Perlembagaan Persekutuan.” Katanya Ketua Pemuda KLSCAH.

Komen DCP Sharifuddin yang tidak logik bukan sahaja mencabuli hak-hak asasi manusia, tetapi juga mempermainkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob, seperti tamparan di muka wajah. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob telah mengumumkan bahawa pembentukan pasukan penilaian yang terdiri daripada pakar antarabangsa untuk meninjau masalah kesihatan dan keselamatan projek Lynas. Mustapa Mohamed juga mengatakan bahawa sebelum penyelesaian laporan penilaian, kerajaan tidak akan mengeluarkan izin pra-operasi (pra-operasi lesen) kepada Lynas serta meluluskan setiap bahan yang diimport dari Australia ke Malaysia. DCP Sharifuddin tidak patut campur tangan dalam politik dan polisi, serta hal ehwal rakyat; tanggungjawab beliau adalah untuk menjaga keselamatan masyarakat, seperti mengurangkan kes meragut.

Pemuda KLSCAH mengingatkan bahawa Lynas harus mematuhi polisi Negara bahawa mereka harus menghentikan segala pembinaan kilang rare earth dengan tiadanya pra-operasi lesen. Pemuda KLSCAH juga menyeru Ketua Polis Pahang, DCP Datuk Sharifuddin Abdul Ghani hentikan segala ucapan atau tindakan yang bercanggah dan mencabuli hak asasi manusia.

Ketua Pemuda KLSCAH
Ng Chong Soon


Tinggalkan Balasan