Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS)menuntut agar buku alkitab Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Kuching dibenarkan masuk pada kadar segera. Menteri  Dato’ Seri Hishamuddin juga harus menjelaskan secara terbuka sebab sekatan tersebut serta menyiasat insiden ini, jika perlu, hukuman patut dikenakan ke atas pegawai yang lalai dalam menjalankan tugas mereka.

Penggunaan Bahasa Melayu untuk mempelajari Alkitab merupakan perkara biasa bagi Penganut Kristian Bumiputera Malaysia Timur. Jikalau bukan campur tangan Kementerian Dalan Negeri, masasah ini tidak akan terjadi.

Sekatan “Alkitab” sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah  melanggar kebebasan hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan dan tidak menghormati martabat manusia dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang tidak sejajar dengan konsep “1Malaysia”

Tan Yew Sing

Presiden DPCKLS

Tinggalkan Balasan