Kami sangat kecewa terhadap keputusan Kementerian Pendidikan menolak cadangan perpindahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian ke Sentul.

Alasan yang diberi oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, “tanah tersebut telah dicadangkan untuk tanah simpanan pendidikan sekolah kebangsaan (SK)”, “sebuah sekolah yang ingin berpindah harus mencari tanah sendiri dan bukan menggunakan tanah simpanan pendidikan kerajaan; tambahan pula, segala kos pembinaan harus ditanggungjawab oleh sekolah tersebut sendiri” adalah tidak munasabah. Kedua-dua SMJK dan SK merupakan sekolah kerajaan, Kementerian Pendidikan tidak patut ada perbezaan layanan dan mendiskriminasikan SMJK , ini telah mencabulkan hak asas pendidikan murid-murid yang mengikut pelajaran di SMJK.

Dalam kontroversi penukaran sekolah-sekolah menengah Cina ke SMJK pada 1960an, kerajaan dan MCA pernah membuat banyak janji untuk menggalakkan sekolah menengah Cina menukarkan ke SMJK, termasuklah “lembaga pengarah tidak perlu risau terhadap dana sekolah, ini dapat meringankan beban ibubapa”. Maka, setelah sekolah menengah cina menerima penukaran, kerajaan dikehendaki bertanggungjawab ke atas operasi, penyenggaraan, pembinaan dan pembangunan SMJK, itu bukanlah tanggungjawab lembaga pengarah lagi. Bagaimanakah Kementerian
Pendidikan berkata mencari tanah dan pembinaan sekolah ialah tanggungjawab lembaga pengarah? Ini bercanggah dengan janji-janji penukaran sekolah Cina, ini menunjukkan selepas penukaran selama 50 tahun, SMJK masih tidak dapat layanan yang adil!

SMJK Confucian dan Sekolah Menengah Independen Confucian berkongsi kampus selama 50 tahun, disebabkan bilangan murid-murid semakin bertambah, infrastrukturnya telah tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan menghadkan perkembangan kedua-dua sekolah. Kami menggesa Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan keikhlasan beliau dengan menyediakan tapak sekolah dan menanggung semua kos pembinaan. Kerajaan perlu memikul tanggungjawab pembinaan dan perkembangan SMJK. MCA juga dikehendaki  memastikan janji-janji tahun 1960an dilaksanakan dan kerajaan melayan secara adil terhadap SMJK, jangan biar SMJK menjadi anak yatim sistem pendidikan nasional.

Kami berharap, dalam isu perpindahan sekolah, SMJK Confucian dan Sekolah Menengah Independen Confucian, pertubuhan pendidikan Cina, pertubuhan Cina dapat mengorak langkah bersama, menuntut hak-hak pendidikan daripada kerajaan. Masyarakat Cina perlu menyatupadukan daya, menuntut kerajaan memikul semua tanggungjawab terhadap SMJK termasuk menyediakan tapak sesuai untuk pembinaan SMJK Confucian.

Kenyataan Bersama:
1. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
2. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
3. Persekutuan Alumni Han Chiang Malaysia
4. Jawatankuasa Kebudayaan-Pendidikan, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
5. Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Kuen Cheng
6. Persatuan Alumni Kolej New Era
7. Penang Du Zhong Education Society
8. Persatuan Murid-Murid Tua SRJK Naam Kheung

Tinggalkan Balasan