Dewan Perhimpunan Cina Selangor memberi tumpuan pada perkenalan ideologi dan perlaksanaan masyarakat sivil, ini adalah disebabkan kami berpendapat bahawa peranan dan fungsi masyarakat sivil bukan saja tidak boleh diabaikan dalam proses perkembangan Malaysia pada masa kini dan masa depan, bahkan Kerajaan disarankan supaya membentuk hubungan rakan kongsi dengan masyarakat sivil melalui langkah-langkah yang membuka dan rasional. Disamping itu, pertubuhan bukan kerajaan juga mesti menguasai ideologi dan perlaksanakan masyarakat sivil, memahami peranan yang dimainkan, mengambil inisiatif dan kaedah yang lebih professional untuk menyertai proses pembangunan Negara.
Sepertimana yang sedia maklum bahawa Rancangan Malaysia Ke-9 adalah pelan perkembangan negara yang akan dilaksanakan pada lima tahun yang akan datang. Selain daripada langkah yang bersifat responsif, ia juga harus memiliki rancangan yang berwawasan. Maka, kami mencadangkan “Governan Sempurna: Menjalin Hubungan Rakan Kongsi Dengan Masyarakat Sivil”, dan berharap ia dapat diterima oleh kerajaan sebagai salah satu prinsip teras dalam penggubalan Rancangan Malaysia Ke-9.
Malaysia yang seadang melangkah ke alaf baru sedang menghadapi cabaran globalisasi dan persaingan yang hebat dan sengit. Pentadbiran Kerajaan juga menghadapi pelbagai cabaran. Dengan ini, kami mencadangkan bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-9, keberkesanan dan kualiti governan perlu menjadi tumpuan Kerajaan. Dalam konteks ini, peranan pertubuhan bukan kerajaan tidak boleh diabaikan atau diperkecilkan. Kerajaan dicdangkan untuk menjalin hubungan kerjasama yang mesra dan harmoni dengan masyarakat sivil, serta berganding bahu dalam usaha menangani masalah governan. Ini disebabkan tanpa penyertaan dan penglibatan masyarakat sivil, kesan governan yang sempurna tidak dapat dicapai.
Konsep Governan dikemukan di sini, adalah bermaksud kerjasama antara kerajaan dan masyarakat sivil, kerjasama antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, kerjasama antara pertubuhan awam dengan pertubuhan swasta. Ia tidak lagi bersifat pemusatan kuasa manakala lebih bersifat pengagihan kuasa. Menurut pakar pentadbiran awam di negara maju, dalam usaha mengatasi masalah governan, kerajaan harus menggantikan konsep pengurusan yang tradisional dengan konsep governan, dan ia patut menglibatkan masyarakat sivil.
Dalam konteks governan sempurna, penggubalan polisi mesti berunsur keabsahan(legitimacy), ketelusan(transparency), kebertanggungjawaban(accountability), dan juga memenuhi syarat berprinsipkan undang-undang(rule of law), keresponsifan dan keberkesanan. Pada masa kini, pengalaman di luar negara menunjukkan bahawa masyarakat sivil berkemampuan membantu negara untuk menyelesaikan masalah governan. Selain itu, ia juga menunjukkan hubungan antara masyarakat sivil dengan negara tidak semestinya berkonfrontasi, manakala wujudnya hubungan kerjasama yang positif dan membena.
Jika masyarakat sivil dapat berkembang dengan matang, fungsinya dalam pengurusan masyarakat akan semakin penting, ia akan bermampuan berkerjasama dengan kerajaan, dan memainkan peranan governan bersama kerajaan. Sebaliknya, suatu masyarakat yang lemah dan kurang aktif, bukan saja tidak mampu mencapai permintaan kerajaan dalam pentadbiran negara, malahan akan melambatkan perkembangan dan kemajuan mayarakat.
Pada hakikatnya, sesetengah pertubuhan yang kritikal di negara kita, contohnya Aliran, Suaram, Dong Jiao Zong, Sister in Islam, JUST, WDC, Tenaganita dan sebagainya, merupakan unsur yang penting dalam pembinaan masyarakat sivil. Sifat kritikal dan pemantauan mereka terhadap kerajaan juga merupakan unsur penting yang tidak boleh dikecualikan untuk mencapai ‘governan sempurna’. Pertubuhan-pertubuhan tersebut juga telah memberi sumbangan yang penting kepada negara kita dalam konteks hak asasi manusia dan keadilan.
Pada masa kini, kerajaan kita sedang menghadapi pelbagai masalah pentadbiran, terutamanya dalam isu-isu seperti perlindungan alam sekitar, bekalan air, kesihatan, pembinaan komuniti, pekerja asing, hak asasi manusia, pendidikan, dasar penswastaan dan lain-lain. Dalam isu-isu ini, timbulnya berat sebelah dari segi polisi mahupun perlaksanaannya. Namun, kerajaan masih belum membuka proses mengumpul pandangan daripada masyarakat sivil sebelum membuat keputusan, dan mengurangkan masalah pentadbiran melalui mekanisme yang bersistem.
Oleh itu, kami mencadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan harus menjalin hubungan rakan kongsi dengan masyarakat sivil melalui langkah yang terbuka serta munasabah, supaya dapat bekerjasama sebagai rakan kongsi, membebaskan keaktifan masyarakat, menggerakkan inisiatif masyarakat, dan memperbaiki kesan governan.
Kami berpendapat bahawa “Governan Sempurna dan Menjalin Hubungan Rakan Kongsi dengan Masyarakat Sivil” seharusnya dinyatakan sebagai salah satu prinsip teras yang mendukung Rancangan Malaysia ke-9. Keberkesanan governan sempurna dan pembangunan negara semestinya akan terjejas sekiranya kerajaan menolak daya sosial yang positif dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-9.