Tarikh: 14 Mei 2025 (Rabu)
Masa: 8pm-10pm
Tempat: Auditorium Cheng Yi, Aras 2, KLSCAH
Perasmi:
Liau Kok Fah (Pengerusi KLSCAH CRC)
Chong Ton Sin (Pengasas Gerakbudaya)
Tan Choong Cheng (Pengerusi PESAWA)
Barisan Panelis:
Prof. Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (Profesor Seni Bina di Sekolah Seni Bina & Alam Bina, Universiti UCSI)
Bawani KS (Timbalan Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia)
Moderator: Law Jing (Setiausaha PESAWA)
Anjuran Bersama:
Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)
Gerakbudaya
Persatuan Sahabat Warisan KL & Selangor (PESAWA)
Persatuan Rakyat Sejiwa Malaysia
Society of Cultural Heritage Conservation, LLG Cultural Development Centre
Persatuan Seni Budaya Chan Deng
Kuala Lumpur Eng Choon Hoey Kuan
University Malaya Association of New Youth (UMANY)
Persatuan Perayaan Yee Lan Puchong Jaya
Pengenalan:
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu insiden konflik kaum yang meninggalkan kesan mendalam dalam lipatan sejarah negara, dan masih sukar dipadam daripada ingatan masyarakat Malaysia hingga ke hari ini.
Sempena ulang tahun ke-56 Peristiwa 13 Mei, kami menganjurkan pelancaran buku dan forum bagi membuka ruang perbincangan serta melihat Peristiwa 13 Mei dari sudut yang lebih konstruktif ke arah rekonsiliasi dan perpaduan nasional.
Buku “Kehidupan Seterusnya: Sejarah Lisan 13 Mei” yang bakal dilancarkan merupakan sebuah karya sejarah lisan yang penting, mengandungi koleksi wawancara bersama mangsa yang terselamat daripada Peristiwa 13 Mei. Buku ini juga diterbitkan dalam dua versi, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris oleh kelompok penggerak Sejarah Lisan 13 Mei. Versi Bahasa Melayu pula diterjemahkan oleh Zikri Rahman dan disunting oleh Lee Hao Jie.
Dibuka kepada orang awam secara percuma untuk menghadiri majlis pelancaran buku yang akan diikuti dengan sesi forum bersama panel jemputan.