Ketika kita menuju ke pilihan raya umum, ramai di antara kita yang merasa kecewa dengan keadaan negara kini. Kita menyampah dengan rasuah, ketidakcekapan serta pentadbiran yang pincang.

Namun ini bukan masanya untuk tidak peduli. Bahkan, inilah waktunya untuk berjuang demi negara.

Pilihan raya umum ini penting: ia akan membuka peluang bagi rakyat biasa untuk mendesak apa yang penting untuk negara serta apa yang diperlukan untuk perubahan berlaku pada saatnya kita bangkit dari pandemik Covid.

Namun, kita tidak boleh berharap hanya kepada barisan ahli politik yang sedia ada untuk membawa perubahan.

Badan sivil juga berganding bahu sebagai sebahagian dari usaha untuk menuntut agenda rakyat bagi pilihan raya umum. Inilah ruang bagi reformasi dan perubahan dalam negara.

Rakyat Malaysia pernah berganding bahu dahulu dan, setelah mengatasi segala cabaran, berjaya mencapai apa yang disangka tidak mungkin pada tahun 2018. Ya, ia tidak berkekalan, namun ia menunjukkan rakyatlah pemacu sebenar perubahan. Kita pernah melakukannya dahulu, kita boleh melakukannya sekali lagi.

Jika rakyat Malaysia berfikir seiring dengan isu penting yang ada pada hari ini, berbanding dengan pemikiran sempit perkauman dan keagamaan, kita pastinya dapat bersama untuk mendesak sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab serta adil bagi menuntut semula negara kita!

Kami menggariskan lima perkara ini sebagai tunjang Agenda Rakyat:

1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

  • Bangunkan sebuah ekonomi mesra rakyat yang membuka peluang pekerjaan serta bermaruah kepada semua
  • Pastikan sistem kesihatan awam yang mencukupi serta perumahan mampu milik, sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua, keselamatan sumber makanan, upah hidup (living wage) dan pendapatan asas sejagat (universal basic income) serta jaringan keselamatan sosial kepada golongan yang terjejas
  • Lindungi hak pekerja, termasuk para pekerja kontrak dan gig, sama ada di dalam ekonomi formal atau tidak, serta memastikan jaminan kerja (employment security)

2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

  • Pastikan pembangunan yang lestari serta menggalakkan keadilan ekonomi
  • Galakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti lestari, serta melindungi alam sekitar, terutamanya hutan, gunung dan tempat tadahan air
  • Batalkan projek mega yang tidak lestari, hentikan pembangunan tidak mampan, bina kemampuan untuk kebingkasan iklim dalam berdepan banjir, kekurangan air serta peningkatan paras laut

3. Raikan kerencaman dan keterangkuman

  • Perakui, hormati serta masukkan kerencaman agama, etnik dan gender di dalam perancangan, pembangunan serta pembuatan dasar
  • Hentikan segala bentuk diskriminasi berasaskan gender, kewarganegaraan, etnik, agama, umur, keupayaan serta lokasi
  • Lindungi hak semua Orang Asal terhadap tanah dan kehidupan mereka

4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

  • Pastikan semua perundangan melindungi hak asasi manusia, proses sewajarnya (due process) serta kebebasan asas
  • Baik pulihkan institusi pentadbiran yang penting bagi memastikan kawal imbang

5. Lawan rasuah dan kronisme

  • Pastikan tiada tolak ansur terhadap rasuah dan kronisme di semua peringkat
  • Baik pulihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjadi bebas, serta diletakkan di bawah pemantauan parlimen

Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengundi calon dan parti yang menunjukkan komitmen kepada lima perkara ini.

Kami menyeru agar semua parti politik dan calonnya untuk meletakkan rakyat dan negara dahulu. Mereka perlu bekerja bersama di dalam sebuah gabungan berdasarkan lima perkara ini serta mengelakkan pertembungan kerusi pelbagai penjuru.

Ayuh, selamatkan masa hadapan kita!

Anjuran:

Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Pacos Trust, Sabah
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
Save Rivers, Sarawak
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Undi18

Disokong oleh:

  1. Agora Society Malaysia
  2. All Women’s Action Society (Awam)
  3. Altsean
  4. Association of Toy Libraries Malaysia
  5. Bakas MC
  6. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  7. Centre for Independent Journalism
  8. Cerah
  9. Childline Foundation
  10. G25 Malaysia
  11. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM)
  12. Global Bersih
  13. GOPIO Malaysia
  14. Greenpeace Malaysia
  15. Imagined Malaysia
  16. Independent Council Of Natives (Icon)
  17. Jaringan Ekologi Dan Iklim (Jedi)
  18. Kolektif Iklim
  19. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  20. Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet
  21. Maju
  22. Monsoon Malaysia (MM)
  23. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  24. Penang Institute
  25. Persatuan Cahaya Mata Penggerak Sosial (Champs) Kuching
  26. Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham)
  27. Persatuan Kebajikan, Komuniti Dan Dialogue (ACID)
  28. Persatuan Patriot Kebangsaan
  29. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
  30. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial (Pemangkin)
  31. Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia
  32. Pertubuhan Solidaritas
  33. Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  34. Sahabat Wanita
  35. Sarawak Women For Women Society
  36. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  37. Sisters in Islam (SIS)
  38. Sustainable Development Network Malaysia (Susden)
  39. Taiping Chinese Culture Society
  40. Taskforce Against Kaiduan Dam (Takad), Sabah
  41. Tenaganita
  42. Tindak Malaysia
  43. Undi Sabah
  44. Wisdom Foundation
  45. Women’s Centre for Change (WCC)
  46. Workers Hub for Change (WH4C)
  47. Zero Waste Sabah

Tinggalkan Balasan