Ketegangan antara Israel dan Palestin semakin meningkat dan konflik berdarah masih berlanjutan. Konflik antara kedua-dua pihak terjadi kerana pihak Israel telah membuat keputusan mengusir beberapa buah keluarga yang mendiami di kawasan Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur sempena bulan Ramadhan. Terdapat segelintir penduduk Palestin teleh menyuarakan solidariti terhadap keluarga Palestin yang diusir dan telah dipukul serta ditangkap oleh polis Israel.
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) membantah segala tindakan kezaliman pihak Israel yang telah melanggar ‘Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948’.
Di sebalik ketegangan di Semenanjung Gaza, ribuan rakyat Palestin tetap menunaikan sembahyang pada hari-hari terakhir Ramadan. Tentera Israel telah melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei. Sebanyak 200 jemaah termasuk kanak-kanak mengalami kecenderaan akibat serangan berterusan pihak Israel.
Pihak Israel telah melancarkan serangan terhadap kawasan Gaza susulan tembakan roket oleh kumpulan pro-Palestin, Hamas. Menurut laporan pihak Gaza, terdapat sekurang-kurangnya 103 nyawa Palestin terkorban di Gaza termasuk 38 orang wanita dan kanak-kanak serta 58 orang tercedera akibat serangan Israel. Manakala, terdapat 7 maut di Israel sejak 10hb Mei 2021 menurut laporan berita.
KLSCAH bimbang bahawa konflik antara kedua-dua pihak yang berlaku sempena bulan Ramadhan akan mencetuskan perang berskala besar sejak peperangan Gaza yag berlaku pada tahun 2014.
Laporan Human Rights Watch (HRW) baru-baru ini telah menyebut bahawa pihak Israel sedang melancarkan dasar apartheid dan penganiayaan yang sangat zalim terhadap rakyat Palestin.
Untuk maklumat lanjut, sila layari,
(https://www.hrw.org/sites/default/files/media_2021/04/israel_palestine0421_web_0.pdf )
Menurut Laporan HRM yang disebut di atas, rancangan pengusiran penduduk Palestin oleh pihak berkuasa Israel telah melanggar ‘Undang-undang Antarabangsa’. Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyeru supaya hentikan keganasan Israel yang telah melanggar kebebasan bersuara, persatuan dan perhimpunan.
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
