Tarikh: 17 hb Mei 2021 (Isnin)
Masa: 8 Malam
Siaran Langsung Facebook: KLSCAH (https://www.facebook.com/klscah/), Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH (https://www.facebook.com/klscahcrc), Lim Lian Geok Cultural Development Centre (https://www.facebook.com/llgcultural), Pertubuhan Pemeliharaan Warisan Budaya (https://www.facebook.com/ppwbmalaysia)

Barisan Panelis:
Prof Tajuddin Rasdi – Profesor Seni Bina di Sekolah Seni Bina & Alam Bina, UCSI
Dr Ho Kee Chye – Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Cina, UM

Moderator:
Wong Yan Ke – Koordinator Jaringan Hak Asasi Manusia
Anjuran: Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (KLSCAH)
Anjuran Bersama:
Persatuan Rakyat Sejiwa Malaysia
Lim Lian Geok Cultural Development Centre
Pertubuhan Pemeliharaan Warisan Budaya

Pengenalan:
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan insiden melibatkan konflik masyarakat yang mengakibatkan pengorbanan nyawa dan kerosakan harta benda serta meninggalkan impak besar terhadap politik, ekonomi, dan masyarakat Malaysia sehingga hari ini.

Namun, terdapat pihak mencadangkan bahawa tragedi ini harus dipadam dalam lipatan sejarah negara dengan berpendapat bahawa ia merupakan titik sejarah hitam Malaysia dan isu sensitif yang akan menimbulkan ketegangan antara kaum pada hari ini.

Manakala ada pihak menganggap bahawa rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969 tidak boleh dilupakan dengan sewenang-wenangya, sebaliknya ia wajar memberi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya pepaduan antara kaum, khususnya kepada Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Justeru, sempena 52 tahun peristiwa 13 Mei, kami mengadakan webinar pada 17hb Mei untuk membicarakan ingatan kolektif nasional dalam perisitiwa 13 Mei 1969 dan belajar daripada luka sejarah untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan silam serta kemungkinan tragedi tersebut dijadikan iktibar dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini demi menuju ke arah rekonsiliasi masyarakat.

Para penonton digalakkan memberi sokongan kepada KLSCAH dengan memberi sumbangan kepada The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (No Akaun: 3077340127; Public Bank) dan menghantar resit transaksi kepada Sekretariat KLSCAH melalui Whatsapp ke talian 012-2933410 (Saudara Loh) bagi urusan dokumentasi.

Ikuti perkembangan terkini KLSCAH di portal:
https://klscah.org.my/mobile

KLIK SINI MENONTON WEBINAR

Tinggalkan Balasan