Badan Amanah TBH demi Demokrasi dan Jawatankuasa Orang Asal Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH) menjemput semua untuk menghadiri tayangan filem ‘Hentikan Empangan Telom’ dan diskusi bertajuk ‘Empangan Telom untuk Siapa’.
Tarikh: 12hb Februari 2015, Khamis
Masa: 8pm
Tempat: Pejabat TBH, No 11, Lorong 11/4E, Petaling Jaya, Selangor.
Panelis diskusi termasuk Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Pos Lanai, Encik Jeffrey Hassan dan Pengarah filem Peoples Documentary Leerang Bato.
Kerajaan Persekutuan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah merancang untuk membina satu empangan di Ulu Telom yang berdekatan dengan Kuala Lipis, Pahang. Empangan hidroelektrik tersebut dijangka dapat menjana kuasa sebanyak 172 MW dan akan menenggelami 7600 hektar tanah termasuk beberapa halaman kampung orang asli. Salah satunya adalah Kampung Pos Lanai.
Jawatankuasa Bertindak Kampung Pos Lanai telah ditubuhkan untuk memprotes pembinaan empangan tersebut sejak tahun 2014. Di bulan Mei 2014, penduduk kampung mengadakan protes dan menyerahkan memorandum di ibu pejabat TNB supaya TNB membatalkan projek empangan tersebut. Pada bulan Julai 2014, mereka membuat laporan polis kerana Universiti Teknologi Mara (UITM) dan TNB memaksa mereka menerima projek empangan Ulu Telom.
Pada hujung bulan Ogos 2014, seorang ahli akademik dari UITM mengugut bahawa kampung-kampung orang asli akan ditenggelamkan selepas pembinaan empangan jika pampasan tidak diterima ketika memberi taklimat tentang empangan Ulu Telom. Pada September 2014, 150 orang asli dari berbagai negeri memprotes di KLCC sempena Asean Power Week dan orang asli Pos Lanai turut melibatkan diri.
Kemasukan adalah percuma. Sila hubungi Encik Ng pada 012-2658448 untuk sebarang pertanyaan.