Kumpulan Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (CRC-KLSCAH) mengecam pihak polis menyalahgunakan proses pengambilan kenyataan untuk menghalang perhimpunan aman initiatif rakyat untuk membebaskan tahanan politik Anwar Ibrahim.

Pihak polis menahan aktivis Kita Lawan iaitu Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong, Mandeep Singh dan Adam Adli selama 5 hingga 6 jam ekoran perhimpunan kita lawan pada Mac 7. Malah polis tidak mengambil sebarang kenyataan semasa penahanan namun memohon reman selama 4 hari daripada majistret, jelas bahawa penahanan polis adalah tiadak profressional dan tanpa alasan yang bermunasabah.

CRC-KLSCAH memandang perhimpunan aman adalah hak asasi manusia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, jadi penahanan dan siasatan tersebut tidaklah menghormat hak rakyat Malaysia. Selain ini, sebarang siasatan ke atas pelanggaran peraturan semasa perhimpunan aman memang bukan kes jenayah, polis harus menyiapkan pengambilan kenyataan dalam masa setengah jam dan membebaskan mereka. Dengan ini kita menyeru pihak polis untuk membebas Adam dan Mandeep.

Kami juga menggesa pihak polis hentikan tindakan menyasarkan penganjur perhimpunan Kita Lawan.

Liau Kok Fah,
Ketua Kumpulan Hak Sivil-KLSCAH

Tinggalkan Balasan