Tarikh: 4hb Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 8.30pm-10.30pm
melalui Google Meet (pautan akan hantar kepada peserta selepas pendaftaran)
Panelis: Ahmad bin Abu (Suku Jahut)、Ismail Muhamad (Suku Jakun)、Fauzi bin Bani (Suku Temiar)
Pendaftaran: https://forms.gle/tV6axLE9f2LLbA5e8
Penganjur Bersama: LLG Cultural Development Centre (LLG), New Era Alumni Association, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH)
Rakan Strategik: Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)

Forum dalam talian mengenai adat Orang Asli Semenanjung yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, New Era Alumni Association dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) akan diadakan pada 4hb Ogos 2024 (Ahad), jam 8.30 malam.

Forum ini akan berkisar pada tema “naga” dan terdapat tiga wakil Orang Asli dijemput untuk berkongsi pandangan unik mereka masing-masing mengenai totem “naga”. Melalui perkongsian ini, peserta dapat memahami dengan lebih mendalam makna simbolik “naga” dalam budaya Orang Asli, serta kedudukannya dalam masyarakat dan sistem kepercayaan mereka. Penganjur bersama berharap melalui perkongsian ini, dapat memecahkan stereotaip bahawa Orang Asli hanyalah konsep dalam buku teks atau wujud jauh, untuk menggalakkan penerimaan terhadap kepelbagaian budaya dalam masyarakat.

Sila daftar di sini https://forms.gle/tV6axLE9f2LLbA5e8 jika ingin menyertai forum tersebut. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Yap (03-21422496).

Tinggalkan Balasan