Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) berpendapat bahawa walaupun Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1976 dengan jelas menegaskan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) ditubuhkan menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, namun ianya tidak bermakna institusi pengajian tinggi seperti UiTM yang dibenarkan hanya terbuka kepada bumiputera sahaja.

Kebelakangan ini, Prof. Raja Amin Raja Mokhtar dari UiTM telah mencadangkan supaya membuka kursus program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada bukan bumiputera. Namun, cadangan ini telah menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Pelajar UiTM yang menentang sebarang inisiatif pihak universiti untuk menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry berkata UiTM adalah ditubuhkan dengan mematuhi semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, maka isu pengambilan siswa bukan bumiputera sama sekali tidak wujud.

KLSCAH berpendapat bahawa UiTM tidak melanggar Perkara 153 sekiranya mengambil siswa-siswa bukan bumiputera. Perkara 153 adalah memperuntukkan satu Tindakan Afimatif demi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, serta menjamin kuota bagi mereka dalam bidang perkhidmatan awam, hal-hal permit dan lesen, biasiswa dan kuota masuk universiti.

Justerunya, kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi bahawa polisi UiTM tidak  mengambil siswa-siswa bukan bumiputera adalah sesuai dengan Perkara 153 adalah taksir semangat Perkara 153, oleh kerana Perkara itu tidak melarang bukan bumiputera masuk mana-mana institusi pengajian tinggi. Apatah lagi UiTM selama ini telah mengambil siswa-siswa  antarabangsa.

KLSCAH ingin mengingatkan bahawa kekurangan pakar jantung di negara ini adalah punca berlakunya satu kes kematian seminggu di kemudahan rawatan kardiotoraks Kementerian Kesihatan (KKM). Eksklusif tersebut akan menyebabkan perkembangan perubatan negara terjejas. Perbincangan mengenai isu kesihatan yang demikian tidak sepatutnya dipandang dengan sentimen politik. Sebaliknya, dasar pengambilan mahasiswa haruslah tidak mengambil kira etnik, dan memberi pertimbangan kepada kemahiran pelajar perubatan sebagai faktor utama dalam proses pengambilan sedemikian. Semua warga wajar diberikan kesempatan untuk menyumbang kepada pembangunan perubatan negara tanpa mengira bangsa dan kaum.

KLSCAH menggesa kerajaan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sepatutnya dengan semangat Malaysia Madani menyokong seruan Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar dengan membuka laluan kepada pelajar bukan bumiputera untuk melanjutkan program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di UiTM, memandangkan UiTM adalah satu-satunya universiti yang menawarkan program  parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks, penerimaan kemasukan pelajar bukan bumiputera di UiTM dapat menangani isu kekurangan doktor pakar yang berkenaan di Malaysia.

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan  Selangor (KLSCAH)

 

Tinggalkan Balasan