Saya selaku Presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor di sini merakamkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Cai kepada para hadirin yang menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor pada hari ini.

Di sini saya sebagai Presiden KLSCAH, saya juga berbesar hati ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedatangan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu khas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini dan akan memberikan ucapan perasmian sebentar lagi.

Menjelang tahun 2023, penularan wabak Covid-19 di komuniti Malaysia telah semakin terkawal hari demi hari, kehidupan rakyat Malaysia turut kembali normal walau tidak sepenuhmya. Meskipun bilangan kes Covid-19 kian terkawal, semua pihak wajib kekal berwaspada dan mematuhi arahan kerajaan demi kesihatan diri. Untuk makluman para hadirin sekalian, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor berpegang kepada tradisi anjuran sambutan rumah terbuka  Tahun Baru Cina sepanjang tahun ini dan tidak dapat dianjurkan dua tahun kebelakangan ini ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara. Menjelang Tahun Arnab 2023 yang menunjukkan trend penurunan Covid-19, KLSCAH telah menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sekali lagi pada tahun ini demi menyambut bersama dengan para hadirin sekalian.

Politik negara telah menjadi kucar kacir  dan kelam kabut setelah Langkah Sheraton yang berlaku pada tahun 2020 dan situasi ini masih beterusan selepas pilihan raya umum ke-15, iaitu Malaysia mengalami ‘Parlimen Tergantung’ dan telah tamat selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Ketika kekeliruan politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pernah mengingatkan semua pihak bahawa  ‘Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’ dan menggalakkan parti-parti harus berganding bahu mentadbir negara demi kepentingan negara.

Tambahan pula, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan perpaduaan yang diketuai oleh beliau tidak akan bertolak ansur terhadap isu rasuah. Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, beliau juga menyatakan kerajaan akan menghentikan kontrak tanpa tender yang diamalkan sepanjang masa dan memastikan sesiapa yang terlibat dalam isu rasuah wajib menerima siasatan daripada pihak penguatkuasa. Di sini pihak KLSCAH menghargai dedikasi kerajaan dalam usaha membanteras budaya rasuah dan menolak isu kroni dengan memastikan segala perjanjian projek negara  harus dilaksanakan secara telus dan adil.

Selain itu, kerajaan juga dijadual membentangkan Belanjawan Negara 2023 yang lebih menyeluruh di Dewan Rakyat pada Februari depan yang merangkumi bantuan kebajikan kepada golongaan miskin dan perbadanan perusahaan kecil dan sederhana serta mengurangkan elaun syarikat-syarikat yang mempunyai keuntungan lumayan serta dasar menyeluruh untuk menghulurkan bantuan kepada golongan lemah. KLSCAH berharap Belanjawan Negara tersebut dapat mencapai hasrat pengundi yang menyokong kerajaan perpaduan, semua pihak parti Politik dapat menyelesaikan perselisihan faham antara satu sama lain, meletakkan kepentingan rakyat di tempat pertama, meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan secepat mungkin, termasuklah  kenaikan kos sara hidup dan harga barang, meningkatkan kesempatan kerja serta taraf pendidikan dan kesihatan. KLSCAH harap kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap institusi-institusi penting negara.

Seperti yang tersebut di atas, KLSCAH menegaskan bahawa kerajaan harus memegang prinsip ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’ dalam usaha memerintah negara, meninggalkan sentimen perkauman dan agama yang ekstrem, ini adalah selaras dengan situasi kepelbagaian etnik di Malaysia.

Sempena Ulang Tahun ke-100 pada tahun 2023, KLSCAH sedang melancarkan siri aktiviti sambutan ulang tahun ke-100. Sebagai Bangunan Warisan Negara yang telah dianugerahi oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada tahun 2007 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50, Pihak KLSCAH di sini dengan ikhlasnya memohon sumbangan kewangan daripada pihak kerajaan untuk menyokong siri aktiviti ulang tahun ke-100 KLSCAH. Sebelum saya mengakhiri ucapan, semoga tahun arnab ini semua pihak bersemarak dan makmur bersama seiring dengan pembangunan negara Malaysia. Marilah Membangun Malaysia Madani Bersama , Gong Xi Fa Cai! Sekian.

Tinggalkan Balasan