Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berasa amat kesal dengan kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengatakan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca rasuah yang merosakkan ekonomi dan politik negara, ia tidak sepatutnya dijadikan salah satu kriteria yang menilai prestasi dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Namun, KLSCAH tidak bersetuju dengan keperluan tindakan siasatan diambil terhadap sesiapa juga yang menggeluarkan kenyataan berbaur perkauman atau rasis.

Menurut laporan Transparency International (TI), CPI ini mengambil kira gabungan beberapa data kajian yang dilaksanakan berdasarkan beberapa sumber yang berbeza termasuk tahap atau kadar persaingan perniagaan dalam negara, persepsi tahap rasuah oleh usahawan, kebebasan sistem kehakiman, keprofesionalan perkhidmatan awam, persepsi terhadap ketirisan perolehan, akses kepada maklumat dan tahap demokrasi negara, isu-isu perkauman dan agama tidak dirangkum dalam kajian tersebut. Oleh itu, KLSCAH berpendirian bahawa Hadi Awang wajar memberi pandangan mengikut fakta dan asas yang kukuh, dan bukan mengikut sentimen perkauman dan agama yang sempit.

Menurut Laporan CPI yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), Denmark, Finland, New Zealand, Sweden, Singapura dan Norway merupakan antara 10 buah negara yang menduduki kedudukan teratas dalam CPI yang majoritinya terdiri daripada kalangan bukan Islam. Justerunya, kenyataan yang dikemukakan oleh Hadi Awang tidak berdasarkan fakta yang kukuh. KLSCAH berpendapat bahawa tahap persepsi rasuah bergantung kepada kesempurnaan dasar anti rasuah sesebuah negara. Kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 telah terus jatuh ke tangga 62, PAS sebagai sebahagian daripada kerajaan wajar menggesa kabinet bagi mengutamakan penggubalan dasar pencegahan rasuah yang sempurna.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal menjelang tiba, Hadi Awang telah menyampaikan kenyataan yang berbaur perkauman. Oleh hal yang demikian, KLSCAH menggesa beliau menarik balik kenyataan yang berpontesi menghasut, menolak segala ideologi konservatif yang ekstreem dan bersifat perkauman serta menghormati Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

KLSCAH juga mendesak Hadi Awang agar meletak jawatan sebagai Duta Khas ke Timur Tengah kerana kenyataannya telah menandakan ketidaksesuaian beliau untuk terus mewakili rakyat dan negara Malaysia.

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor

Gambar: NanYang Siang Pau

Tinggalkan Balasan